Wajib Bergambar di Kota A Famosa. Kota A Famosa (bermaksud “Yang Termashur” dalam bahasa Portugis) telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.

Wajib Bergambar di Kota A Famosa

kota a famosa

kredit : orangmelaka.com

Sebelum pulang dan singgah di pantai klebang kitaorang singgah dahulu di kota a famosa yang terkenal di bandar melaka dengan sejarahnya. Lokasi kota a famosa ini cukup terkenal dan merupakan tempat perlancongan untuk bergambar.

Ingatkan pelancong asing sahaja yang singgah untuk bergambar tak sangka orang Malaysia juga ramai yang bergambar disini. Walaupun keadaan panas terik tetap ramai orang yang mendaki bukit keatas gereja diatas bukit untuk bergambar.




Koleksi Cerita Lawak
Koleksi Artikel Tips dan Info Cinta

kota a famosaKami juga turut tidak melepaskan peluang mungkin sekali seumur hidup untuk bergambar disini (manatau tak singgah lagi) paling tidak kurang lebih 30-40 gambar diambil bergambar disini.

kota a famosaAntara lokasi yang jadi tumpuan untuk bergambar setiap masa ada saja yang menunggu untuk bergambar kat sini.. tengok dalam gambar depan belakang ada peminat menunggu nak mintak sain (anak buah depan dan belakang)

Selepas puas bergambar dan sebelum pulang ke Kuala Lumpur tekak dahaga kitaorang singgah di Pantai Klebang pekena Coconut Shake.

 

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih