Warganegara Malaysia Pertama Positif Novel Coronavirus

0
170
views

Warganegara Malaysia Pertama Positif Novel Coronavirus. Kes terbaru melibatkan seorang warganegara Malaysia dan seorang warganegara China. Kes baharu yang pertama seorang warga negara china berumur 63 tahun yang berasal daripada Wuhan, China tiba di KLIA pada 18 Januari 2020. beliau mula mengalami demam ringan pada 23 januari 2020 dan telah mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.

Warganegara Malaysia Pertama Positif Novel Coronavirus

2019-nCoV

Kes telah dimaklumkan kepada KKM dan beliau telah diletakkan di bawah perintah pengawasan dan pemantauan (home surveillance) untuk tempoh 14 hari. Pada 2 Februari 2020, demam masih berterusan dan beliau telah dimasukkan ke HKL bagi menerima rawatan lanjut. Ujian makmal positif 2019-nCoV pada 3 Februari 2020. Pesakit kini berada dalam wad isolasi dan dalam keadaan stabil.

✔ LIKE US FOR UPDATES ✔



Kes baharu yang kedua merupakan seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 41tahun. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke negara jiran dari 16 sehingga 23 Januari 2020, bagi menghadiri mesyuarat yang turut dihadiri oleh beberapa deligasi antarabangsa termasuk negara China.

Beliau telah pulang ke Malaysia pada 23 Januari 2020. Pada 29 Januari 2020, beliau telah mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan swasta di Selangor kerana demam dan batuk. Selanjutnya beliau telah dirujuk ke Hospital Sungai Buloh pada 2 Februari 2020 dan dimasukkan ke wad isolasi. beliau telah disahkan positif 2019-nCoV pada 3 Februari 2020 dan kini kes berada dalam keadaan stabil.

KKM telah berhubung dengan kementerian kesihatan negara jiran tersebut dan mereka mengesahkan bahawa aktiviti contact tracing telah dimulakan.

Dengan pertambahan 2 kes baru ini jumlah kes positif yang dicatatkan bertambah kepada 10 kes. 9 kes warganegara China dan 1 orang warganegara Malaysia.


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih






LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here