WHO Mengisytiharkan Wabak Novel Coronarvirus Wuhan Sebagai Kecemasan Kesihatan Global (PHEIC)

0
281
views

WHO Mengisytiharkan Wabak Novel Coronarvirus Wuhan Sebagai Kecemasan Kesihatan Global (PHEIC). WHO mengisytiharkan wabak novel Coronarvirus di Wuhan sebagai kecemasan kesihatan global (PHEIC) selepas mengadakan mesyuarat tergempar awal hari ini.

WHO Mengisytiharkan Wabak Novel Coronarvirus Wuhan Sebagai Kecemasan Kesihatan Global (PHEIC)

Coronavirus 2019 nCov

Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom ketika mengumumkan perkara itu berkata, keputusan tersebut dibuat selepas novel coronavirus disahkan boleh merebak dari manusia kepada manusia di luar negara China.

Setakat ini, 4 kes jangkitan dari manusia kepada manusia iaitu di Jepun, Jerman, Vietnam dan terbaru di Amerika Syarikat, sekaligus timbul kebimbangan kemampuan virus itu merebak lebih meluas.

✔ LIKE US FOR UPDATES ✔



Sementara itu, Singapura mencatat tiga lagi kes baharu positif novel coronavirus, menjadikan 13 kes di negara itu setakat ini. Ketiga-tiga kes itu melibatkan rakyat China dari Wuhan. Kesemua mereka yang positif dijangkiti virus itu dilaporkan stabil.

“Tiada lagi bukti virus itu merebak kepada komuniti tempatan, ” kata Kementerian Kesihatan Singapura dalam kenyataan rasminya.

statistik coronavirus 2019-nCoV

Thailand, Singapura dan Malaysia mencatatkan kes novel coronavirus paling tinggi dI Asean setakat ini dan kesemua kes adalah rakyat China dari Wuhan atau pernah ke Wuhan.

Ini tidak mengejutkan kerana Thailand, Singapura dan Malaysia adalah tiga negara paling popular kepada pelancong China.

kredit : FB KKM


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih






Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here