Derma Selagi Boleh..

seperti yang anda tahu minggu lepas saya mewakili pertubuhan … mengutip derma
hands for gaza di stadium bukit jalil sewaktu perlawanan
Malaysia dan Thailand yang berkesudahan SERI 1-1
tapi kali ini bukan nak kisah pasal bola sepak tapi mereka² yang menderma
sewaktu game bola sepak lepas..
hujan turun tak henti² sewaktu perlawanan bola sepak tapi nak buat gimana
terpaksa aku redah juga mengutip derma dalam keadaan basah lencun 
baju dan seluar.. tapi lebih seronok dan bersyukur bila tengok semangat dan
betapa pemurahnya sikap orang Malaysia ini..



Koleksi Cerita Lawak
Koleksi Artikel Tips dan Info Cinta

bila mereka mengeluarkan dompet untuk menderma kerap kali aku TERPANDANG
isi dalam dompet mereka² yang menderma ini..
dan boleh aku katakan hampir 85% yang menderma ini dalam dompet
mereka hanya ada baki kurang dari rm30..
*(mungkin jenis tak suka simpan banyak dalam dompet atau baru lepas beli tiket)
yang lagi mengejutkan ada yang kurang dari rm10 bukan isi rm10 yang mengejutkan
tapi semua isi didalam dompetnya didermakan kedalam tabung gaza..
wargghhh.. memang pemurah betoi orang Malaysia ini..
*(kebanyakkan yang menderma bawah 15-30thn)
“Ya Allah kau murahkan rezeki mereka² ini, KAU tunjukkanlah mereka
jalan yang lurus iaitu jalan yang ENGKAU redhai dan berkatilah hidup mereka..”
Aminnn…