1309 Kes Baru Kuala Lumpur Catat Kes Tertinggi

0
734
views

1309 Kes Baru Kuala Lumpur Catat Kes Tertinggi. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 1,333 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah 52,647 kes (81.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

1309 Kes Baru Kuala Lumpur Catat Kes Tertinggi

Pada hari ini, 29 November 2020, negara kita telah merekodkan kes harian baharu yang lebih rendah berbanding bilangan kes sembuh iaitu sebanyak 1,309 kes. Inimenjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 64,485 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 11,481 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat satu (1) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala 1,308 kes pula adalah merupakan penularan COVID-19 dalam negara.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 493 kes (37.7 peratus), di mana 473 kes (95.9 peratus) adalah daripada kluster-kluster di tempat kerja (tapak-tapak pembinaan). Ini diikuti oleh Sabah sebanyak 290 kes (22.2 peratus) dan Selangor sebanyak 238 kes (18.2 peratus).

kes covid19

Sehingga kini, terdapat 116 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 42 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan tiga (3) kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 357 kes (0.55 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER


✔ SUPPORT KAMI !! LIKE PAGE KAMI ✔



Sehingga 29 November 2020, terdapat sebanyak 359 kluster telah dilaporkan termasuk empat (4) kluster baharu yang dilaporkan pada hari ini. Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 176 kluster termasuk satu (1) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Megah. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 183 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak49 kluster melaporkan pertambahan kes. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tapak Bina Awan Baru (367 kes)Kluster Bintang (76 kes) dan Kluster Bayam Indah (52 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat empat (4) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

  • KLUSTER TAPAK BINA SUNGAI MULIA

Kluster ini melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes awal dalam kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 29 November 2020 hasil saringan tempat kerja di sebuah tapak pembinaan. Sehingga 29 November 2020, sejumlah 124 individu telah disaring, di mana 23 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER BATU LIMA

Kluster ini melibatkan daerah Kota Kinabalu di negeri Sabah. Kes indeks (iaitu kes ke-50994) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 19 November 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 29 November 2020, sejumlah 118 individu telah disaring, di mana 49 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER YAYASAN

Kluster ini melibatkan daerah Klang di negeri Selangor. Kes indeks (iaitu kes ke- 52340) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 20 November 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 29 November 2020, sejumlah 190 individu telah disaring, di mana 21 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER HILIR

Kluster ini melibatkan daerah Kota Bharu, Tumpat, Bachok dan Pasir Puteh di negeri Kelantan. Kes indeks (iaitu kes ke-58845) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 24 November 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 29 November 2020, sejumlah 975 individu telah disaring, di mana 21 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih






Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here