NetKl - Kenaikan Harga Domain oleh VeriSign





NetKL
Berikutan pengumuman Verisign untuk menaikkan harga domain pada 15/01/2012 nanti, kami telah menerima makluman rasmi dari registrar domain kami, bahawa mereka akan menaikkan harga domain gTLDS sebanyak 7% untuk setiap domain tersebut, bermula dari 15/01/2012 nanti.
Berikut ialah antara pengumuman dari registrar:
http://blog.resellerclub.com/2011/12/20/the-com-price-hike-and-its-impact-on-you/
http://blog.netearthgroup.com/2011/11/verisign-registry-price-increase-com-net/
Oleh itu, kami dengan berat hati terpaksa ikut harga kenaikan ini untuk menampung kos operasi. Jika kami kekalkan harga lama, kos operasi kami akan menjadi lebih mahal dari harga jualan, lalu mengakibatkan kerugian bagi setiap domain yang kami jual/renew/transfer.
Dengan itu, harga baru bagi domain gTLDS akan menjadi RM35.00 untuk setiap domain bermula dari 15/01/2012, pukul 12.01 pagi.
Jika anda mahu renew dengan harga lama, anda boleh sahaja renew domain anda sekarang SEBELUM 15/01/2012. Anda boleh renew sehingga 10 tahun sekaligus, jika anda mahu. Untuk renew, sila login ke dalam Client Area anda (http://billing.netkl.com/clientarea.php), kemudian, pergi ke option Domain, dan tekan Renew.
Sila ambil perhatian bahawa mana-mana invois yang anda masih belum bayar selepas 15/01/2012 akan dicaj dengan harga baru ini secara otomatik, jika anda bayar selepas 15/01/2012 nanti.
Walaubagaimanapun, jika anda beli hosting kami & mendapat domain PERCUMA dari kami, anda tidak perlu risau, kerana NetKL akan tetap sponsor domain tersebut secara PERCUMA. Selagi anda renew hosting dengan NetKL tiap-tiap tahun, selagi itu lah domain tu PERCUMA.
Jika anda perlukan apa2 info lagi, sila hubungi kami di support@netkl.com
Sekian.
Yang benar,
NetKL Networkwww.netkl.com
fuhh.. naseb baek dia naik tak banyak sangat… kalu tidak jenuh la aku
nak kena berpindah plak.. hik hik hik.. kalu rm35 setahun rasanya duit iklan 
sebulan pown dah lebih rm35 heeeee… boleh lagi nie..

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.