Pengertian dan Peristiwa di Bulan Safar





Bulan

Pengertian Bulan Safar
- Dari segi bahasanya safar membawa erti kosong dan dari segi istilahnya
bulan safar membawa erti bulan di mana orang-orang arab di zaman Jahilliah
keluar rumah untuk berperang setelah bebas dari bulan-bulan haram
yang diharamkan berperang
- Setelah kedatangan Islam, Rasulullah mengekalkan nama bulan ini dengan
nama bulan Safar sehinggalah ke hari ini.

Ada berbagai peristiwa yang berlaku di dalam bulan Safar. Diantara
peristiwa penting yang berlaku di zaman Rasulullah s.a.w dan wajar dikenang
oleh kita adalah :

Peristiwa di Bulan Safar
1. Persidangan Darul-Nadwah adalah Persidangan yang dianjurkan oleh pihak
Musyrikin Jahilliah yang terdiri dari pelbagai kabilah di Mekah. Persidangan ini
dianjurkan khas untuk menyekat, menekan dan melumpuhkan terus
pengaruh dan dakwah Rasulullah s.a.w

- Persidangan ini dipengerusikan oleh Abu Jahal dan dihadiri juga oleh Iblis
yang menyamar sebagai seorang tua dari Najad. Keputusan dari persidangan ini
Rasulullah saw dijatuhi hukum bunuh dan setiap kabilah hendaklah
menghantar seorang wakil yang terdiri dari pemuda yang paling gagah
untuk sama-sama membunuh Rasulullah saw.

- Oleh itu keluarga Rasulullah saw dari kabilah Bani Abdul Manaf tidak akan
mampu untuk membalas dendam terhadap semua kabilah-kabilah yang terdiri
dalam pakatan pembunuhan itu. Maka Allah ta'ala telah memerintahkan
Rasulullah saw keluar berhijrah dari Mekah ke Madinah.

- Ada pendapat yang mengatakan bahawa Rasulullah mula keluar dari rumahnya
pada waktu malam di akhir bulan Safar dan ada pendapat yang lebih
masyhur mengatakan bahawa Rasulullah mula keluar dari rumahnya
pada bulan Rabi'ul Awwal setelah 13 tahun berdakwah di Mekah.

2. Rasulullah mula sakit satu lagi peristiwa penting yang berlaku di bulan Safar
ini ialah pada akhir bulan ini setelah kembalinya Rasulullah dari mengerjakan Haji Wida'
(haji terakhir Rasulullah saw) beliau mula ditimpa sakit.

- Beliau wafat pada 12 Rabi'ul Awwal tahun 11 hijrah. Rasulullah mula merasai
sakit yang berat sewaktu beliau di rumah isterinya Saidatina Maimunah r.a.

- Beliau telah memanggil kesemua isteri-isterinya yang lain untuk meminta
izin agar beliau dibenarkan diam di rumah Saidatina Aisyah r.a dan beliau
telah wafat di rumah Saidatina Aisyah r.a.


p/s... harap-harap ada la yang baca.. letih kot
jari nie menaip :)

3 ulasan

misyamissyou berkata...

ade je yg bace :) byk jugak yg blaku bln safar ni..sy lahir pn bln safar..today to be exact :)

AbgferOz berkata...

missyamissyou : heee.. slamat hari lahir :) moga pnjang umur dan dimurahkan rzeki :)

Arra Ahmad berkata...

baca..ni tengah godek2 entri lama blog ni juga..:)
nice info.tak ramai yang tahu..

Dikuasakan oleh Blogger.