Biodata Sudirman Hj Arshad





Biodata Allahyarham Sudirman Hj Arshad

Merupakan salah seorang penyanyi terkenal di Malaysia. Beliau telah dinobatkan sebagai Penghibur Nombor 1 Asia dari Malaysia. Anak jati Pahang pertama memenangi Anugerah Penyanyi Asia tahun 1989 di London. Lelaki kacak ini telah diberi jolokan sebagai Penghibur Milik Masyarakat, Seniman Rakyat dan Elvis Malaysia

 Beliau adalah penyanyi, penghibur, penggubah, peguam, penulis, pengarang (buku kanak-kanak), pelukis kartun, usahawan, dan pelakon.Selain itu, beliau telah melahirkan sebanyak 168 buah lagu.

Nama :  Sudirman Hj Arshad
Lahir : Rabu, 25 Mei 1954 di no. 48, Jalan Ibrahim, Temerloh, Pahang
Tinggi : 1.47 meter
Ibu : Puan Hajjah Romlah binti Dahalan 
Ayah : Haji Arshad bin Haji Hassan
Sekolah : Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar (Kuantan)
- Fakulti Undang-undang, Universiti Malaya (Kuala Lumpur)
Ijazah undang-undang (LL.B)

Pada 22 Februari 1992 (bersamaan 18 Syaaban 1412), hari Sabtu jam 4:00 pagi, ketika berusia 37 tahun, Sudirman Hj Arshad telah kembali ke Rahmatullah di rumah kakaknya Rudiah bt. Hj. Arshad di alamat No.16, Jalan Taban Satu, Lucky Garden, Bangsar Park, Kuala Lumpur setelah 7 bulan menghidap penyakit radang paru-paru (pneumonia). Jenazah Allahyarham telah dibawa pulang ke Temerloh dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kg. Chengal, Temerloh pada hari yang sama, jam 3:45 petang - di sebelah pusara orang tuanya. Ribuan peminat-peminat setia termasuk Perdana Menteri Malaysia ketika itu Dr. Mahathir Mohamad telah menziarahi jenazah Allahyarham yang dianggap sebagai satu kehilangan besar bagi dunia hiburan tanah air.

Mula Dikenali apabila memenangi Johan Bintang RTM peringkat akhir

  • Konsert di Chow Kit Road

Konsert di Chow Kit Road

Pada 15 April 1986, Sudirman menempa nama di dalam Malaysia Book Of Records setelah mengadakan konsert gergasi percumanya di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur. Beliau telah berjaya memikat dan memukau hampir 100 ribu warga kota berpusu-pusu membanjiri jalan itu dengan kehebatannya. Lagu yang dinyanyikan oleh beliau ialah Chow Kit Road dan diakhiri dengan lagu patriotik Abadi sambil beliau memakai bendera Malaysian.
Jalan Chow Kit pada era Sudirman adalah gelanggang marhaen. Chow Kit menjadi simbol orang-orang kerdil yang juga peminat Sudirman. Maka konsert jalanan secara percuma adalah sebagai tanda terima kasih kepada para peminatnya yang tidak mampu menyaksikan persembahan di hotel dan dewan konsert, sekaligus memberitahu kita Sudirman bukan materialistik.
  • Penghibur Terbaik Asia

    Pada 19 Mac 1989, Sudirman telah dinobatkan sebagai Penghibur Terbaik Asia di "Asian Popular Music Awards". Acara anugerah ini diadakan bersama-sama dengan Salem Music Awards Festival yang berlangsung di Dewan Royal Albert, London. Beliau merupakan penyanyi pertama Malaysia yang memenangi anugerah tersebut. Sudirman telah mengalahkan 8 orang peserta dari negara-negara Asia termasuk Hong Kong (Leslie Cheung), Filipina (Kuh Ledesma), Singapura (Anita Sarawak), China, Taiwan, Jepun, Korea Selatan dan Thailand. Dalam pertandingan tersebut beliau telah menyanyikan dua buah lagu Inggeris One Thousand Million Smiles dan Send In The Clown dengan menggayakan aksi lucu ala Charlie Chaplin yang cukup mempesonakan yang membolehkan beliau mengalahkan wakil-wakil negara lain yang lebih hebat popularitinya.
    Lagu One Thousand Smiles dirakamkan dalam bentuk single dan dipasarkan di Eropah. Proses rakaman lagu itu dibuat di Abbey Road Studio, tempat rakaman album bagi penyanyi megastars seperti The Beatles. Lagu ini dipilih sebagai lagu tema Malaysia semasa Hari Bangsa-Bangsa Bersatu.

    Pencapaian Sudirman

    Semasa hayatnya dan selepas pemergiannya, Sudirman telah menerima beberapa anugerah dalam bidang seni dan pingat kebesaran.
    • Penghibur Terbaik RTM 1977 menerusi rancangan "Lukisan Irama" terbitan Doreen Chia.
    • Penghibur TV Terbaik, Anugerah Seri Angkasa 1978
    • Penghibur TV Terbaik, Anugerah Seri Angkasa 1985
    • Duta Nyanyian Pelancongan Malaysia 1985
    • Persembahan Terbaik Juara Lagu TV3 1987
    • Penyanyi Lelaki Cemerlang Terbaik Anugerah Bintang Cemerlang 1987 melalui lagu Merisik Khabar
    • Penyanyi Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular 1989
    • Asia's Number One Performer 1989
    • Anugerah Guinness
    • Pingat Ahli Mangku Negara 1988
    • Pingat Ahli Mahkota Pahang oleh Sultan Pahang 1992
    • Darjah Johan Mangku Negara, sempena ulangtahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Sultan Azlan Shah, 6 Jun 1992
    • Penghibur No. 1 Malaysia, dari New Straits Times pada tahun 1993
    • Anugerah Khas dalam Anugerah Industri Muzik tahun 1993




    Sudirman Hj Arshad - Salam Terakhir
     
    Al Fatihah Untuk  
    Sudirman Hj Arshad
     
    semoga arwah dicucuri rahmat
    dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.. 



    Sumber : wikipedia

    5 ulasan

    Unknown berkata...

    penyanyi yg tiada pengganti

    Unknown berkata...

    saya suka dgr lagu dia. memang evergreen dan sangat best!!

    saya rasa dato' siti je yg mampu bawak lagu die dgn baik

    misyamissyou berkata...

    oh..rendah je arwahnya ni..sayang dah tak ada..lagu dia semua best..

    AbgferOz berkata...

    diyana : yupss.. smlam karaoke lagu sudirman :P besh besh..

    rozuan : smlam ada bdak kecik nyanyi lagu beliau.. best gak :P

    misya : yupss.. comei je :)

    Diyana Saffie berkata...

    penyanyi yg tiade tandingan,walau pon tk penah jumpe,tapi sye tau yg sedirman mmg terbaeeekkkk ! we love sudirman !

    Dikuasakan oleh Blogger.