Fakta Tulang Manusia





tulang manusia
tulang manusia

Info Tulang Manusia

Tulang :

* Ada 206 jumlah tulang di dalam tubuh.

* 14 tulang berada di bahagian muka.

* 8 tulang ada di setiap pergelangan tangan.

* Setiap kaki mempunyai 23 tulang termasuk buku lali.

* Tulang terdiri daripada 50% air dan 50% bahan pejal.

* Tulang menjadi titik sambungan kepada otot dan membuatkan pergerakan menjadi kenyataan.

* Sumsum yang terdapat dalam tulang adalah kawasan untuk penghasilan sel darah merah.

* Tulang rusuk melindungi organ penting jantung, paru-paru, hati, limpa dan buah pinggang.

* Tulang mempunyai salur darah kecil dan tisu limfa untuk menjaga dan memperbaiki tisu tulang.

* Tengkorak terdiri daripada tulang yang melekat bersama, berperanan seperti topi keledar yang melindungi otak.

* Tulang belakang mengelilingi dan melindungi saraf tunjang, yang mempunyai ikatan kompleks saraf.

* Apabila jumlah kalsium menurun dalam salur darah, tubuh akan menarik kandungan kalsium dalam tulang menyebabkannya terdedah kepada risiko osteoporosis.

* Pada usia 20tahun, individu akan mencapai 98% daripada jisim tulangnya.

* Kalsium juga mampu membantu melindungi diri daripada risiko kanser payudara, kanser kolon, mengurangkan simptom selepas menopaus, menghalang gigi berlubang, menguatkan enamel gigi, mengurangkan tekanan darah tinggi dan membantu menurunkan berat badan.

Fakta Tulang Manusia

sumber : HMetro 11 Mac 13

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.