Ops Daulat - Lahad Datu - Seorang Lagi Tentera Gugur









SEORANG TENTERA GUGUR, TIGA PENGGANAS TERBUNUH DALAM PERTEMPURAN DI SG NYAMUK.

Lahad Datu, 12 Mac – Seorang anggota pasukan tentera terkorban dan tiga penceroboh militan terbunuh dalam pertempuran di Sungai Nyamuk, dekat Tanjung Batu di sini hari ini.

Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata pertempuran antara pasukan keselamatan dan kumpulan militan itu berlaku pada 10.45 pagi. “Seorang anggota keselamatan gugur,” katanya.

Zulkifeli berkata pasukan keselamatan diserang hendap oleh kumpulan pengganas itu pada 7.45 pagi dan selepas itu mereka melarikan diri sebelum dijejaki pasukan keselamatan dan berlaku pertempuran.

Sehingga kini sembilan anggota keselamatan terkorban dalam insiden pencerobohan itu manakala 57 penceroboh militan ditembak mati.

Zulkifeli berkata Kampung Tanduo kini telah bersih sepenuhnya daripada ancaman penceroboh militan dan operasi pasukan keselamatan kini diperluas ke Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu. – BERNAMA

 

[sedekahkan al-fatihah kepada anggota terkorban semoga mereka ditempatkan dikalangan mereka yang mati syahid.. aminn…]

Ops Daulat – Lahad Datu – Seorang Lagi Tentera Gugur

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.