Gangguan Bekalan Air Tidak Berjadual





Gangguan Bekalan Air Tidak Berjadual
Gangguan Bekalan Air Tidak Berjadual

GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL MELIBATKAN HAMPIR SETENGAH JUTA PENGGUNA DI SEKITAR WILAYAH GOMBAK DAN KUALA LUMPUR AKIBAT KEJADIAN PAIP PECAH

Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin melaporkan bahawa Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Kuning telah diaktifkan di SYABAS Wilayah Kuala Lumpur dan Gombak pada jam 1.00 pagi, 11 April 2013 berikutan paip dari jenis “Mild Steel” (MS) berukuran 2000mm dari Kolam Air Dusun Kubung ke Wangsa Maju telah pecah di lokasi berhampiran tebing sungai di Kampung Melayu Batu Caves, Gombak. Pihak SYABAS menerima maklumat daripada orang ramai berhubung kejadian tersebut pada jam 10.00 malam tadi.

Paip yang pecah ini membekalkan air kepada kira-kira 89,760 akaun domestik dan akaun-akaun pukal di 82 buah kawasan dalam Wilayah Gombak dan Kuala Lumpur yang melibatkan lebih kurang hampir setengah juta orang pengguna. Antara kawasan terlibat yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual seperti berikut:

Wilayah Kuala Lumpur

Flat DBKL Dato’ Keramat
Taman Cempaka
Jalan Padang Tembak
Taman Bakti
Jalan Semarak
Taman Nirwana
Jalan Gurney
Kampung Pandan Dalam
Kementah
Taman Cahaya
Pulapol
Pandan Cahaya
Wisma Tanah
Taman Dagang
JUPEM
Taman Shamelin
UTM
Taman Tenaga
FELDA
Taman Miharja
Pusat Latihan Telekom
Taman Kobena
Jalan U Thant
Bandar Permaisuri
Jalan Ampang Hilir
Desa Pandan
Taman Pandan Jaya
Flat Sri Melaka
Jumlah Akaun : 28,368

Wilayah Gombak

Kampung Baru Ampang
Kampung Kemensah
Kampung Melayu Ampang
Kampung Lembah Jaya
Taman Hillview
Kampung Pinggir Tiga Jaya
Bukit Jobina
Kampung Tengah Lembah Jaya
Taman Dato Ahmad Razali
Lembah Jaya Utara
Taman Bukit Indah
Lembah Jaya Selatan
Taman TAR
Sri Rampai
Kampung Tasek Permai
Taman Ampang
Ukay Heights
Taman Dagang Permai
Ampang Jaya
Taman Pandan Ria
Dataran Ukay
Taman Permai Jaya
Pinggiran Ukay
Taman Permata
Sri Ukay
Taman Saujana Ampang
Beverly Heights
Tasek Tambahan
Ampang Indah
Taman Ampang Mewah
Ampang Jaya
Taman Ampang Utama
Ampang Saujana
Taman Bukit Ampang
Ampang Water Front
Taman Cahaya Ampang
Bandar Baru Ampang
Taman Dagang Jaya
Bukit Ampang Permai
Taman Halaman
Bukit Indah
Taman Kesuma Ampang
Desa Lembah Permai
Taman Kosas
Desa Setapak
Taman Mulia Jaya
Jalan Ampang
Taman Rasmi Jaya
Kampung Bukit Sungai Puteh
Taman Sri Ampang
Keramat AU 1 hingga AU 5
Taman Watan
Kampung Ampang Campuran
Wangsa Melawati
Kampung Indah Mulia

Jumlah Akaun : 61,392

Sebagai makluman, Pelan Tindakan Kecemasan Kod Kuning di kedua-dua wilayah ini diaktifkan bagi membolehkan SYABAS memantau dan mengurus kawasan-kawasan terlibat yang menghadapi masalah gangguan bekalan air. Pihak SYABAS juga telah mengambil tindakan segera serta langkah-langkah yang perlu untuk mempercepatkan kerja-kerja pembaikan paip yang pecah ini. SYABAS menganggarkan bahawa tempoh pembaikan paip yang pecah ini akan siap dijalankan sepenuhnya pada keesokan hari, 12 April 2013, manakala tempoh pemulihan bekalan air ke semua kawasan-kawasan yang terlibat dijangka pulih secara berperingkat dalam tempoh antara 4 hingga 5 hari, iaitu selepas kerja-kerja pembaikan paip yang pecah siap dijalankan sepenuhnya. Walaubagaimanapun, sebarang perkembangan terkini berhubung kejadian ini akan dimaklumkan kepada para pengguna dari semasa ke semasa.

Untuk makluman, pada masa ini SYABAS mempunyai sejumlah 42 buah lori tangki dan 525 tangki air statik. Daripada jumlah ini, sebanyak 25 buah lori tangki telah digerakkan untuk menghulurkan bantuan, manakala sebanyak 50 buah tangki air statik akan ditempatkan di kawasan-kawasan terlibat secara berperingkat mengikut keperluan sebagai bantuan bekalan air kepada penduduk yang masih terjejas bagi meringankan kesulitan para pengguna.

Pada masa ini, para pengguna di kawasan terlibat dinasihatkan agar menggunakan air secara berhemah dan mengelakkan dari pembaziran sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini berlaku. Para pengguna yang memerlukan bantuan bekalan air menerusi lori tangki ataupun ingin mendapat maklumat lanjut berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual ini disaran agar menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol, 1-800-88-5252. SYABAS juga menyarankan para pengguna untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung gangguan bekalan air ini menerusi laman web www.syabas.com.my. Pengguna juga boleh membuat aduan atau pertanyaan di laman Facebook atau Twitter SYABAS dengan menaip ‘puspel’ atau ‘puspel syabas’

Sumber : SYABAS

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.