Loudspeaker dalam LRT





abgferoz

muka cumil ini jangan disangka lembut..

beberapa hari lepas sewaktu nak pulang dari tempat kerja menaiki LRT ada 2 orang budak poyo dengan hp mereka.. dok bergosip2 then selang beberapa minit mereka mula memainkan pelbagai jenis lagu dengan loudspeaker..

tak tahan dengan lagu sumbang mahram yang dimainkan mereka saya keluarkan hp nokia n95 dan terus mainkan lagu putih putih melati terus tenggelam bunyi hp mereka sambil cakap “hp aku pun boleh loudspeaker”.

semua orang pandang saya dan kedua2 bdak tadi terus silentkan hp dan terdiam.. dengan selambanya saya peluk tubuh sambil goyang2 kaki.. nak sangat kan loudspeaker.. ambikkau…

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.