WAJIB TAHU Tentang Pilihanraya PRU13





kad pemerhati tempatan
kad pemerhati tempatan

WAJIB TAHU Tentang Pilihanraya PRU13

sememangnya kehangatan pilihanraya umum ke 13 belum berakhir dan kehangatan masih terasa pada semua yang berjuang untuk parti masing²… sebagai pemerhati tempatan sewaktu pru 13 hari aku rasa terpanggil untuk kongsikan sedikit maklumat yang mana tak ramai tahun akan maklumat ini.. atau saja tidak ingin tahu..

apa yang aku perhatikan isu bangla, kad pengenalan, pengundian 2 kali macam tak logik.. kenapa aku berkata begitu ?

1. setiap tempat mengundi mempunyai senarai list nama pengundi yang telah disahkan dan diberi kepada agen parti yang bertanding.

2. setiap tempat mengundi atau lebih tepat setiap bilik pembuangan undi mempunyai 1 wakil agen SETIAP PARTI untuk menyemak senarai pengundi yang telah berdaftar… takkan lah ejen parti yg dipilih oleh calon membiarkan sahaja bangla mengundi depan mereka ?

3. senarai nama pengundi yang telah membuang undi akan dipotong bagi memastikan tiada pengundian untuk kali ke 2.

4. setiap agen parti yang dilantik oleh calon di BENARKAN berada dalam bilik pengiraan undi bagi membuktikan dan mengesahkan pengiraan undi setiap peti undi tersebut.

5. setiap tempat mengundi memang mengambil masa yang berbeza untuk pengiraan undi, bergantung kepada agen pengiraan undi bersetuju atau tidak. sekiranya tidak pengiraan terpaksa dijalankan semula. jarak tempat mengundi juga diambil kira dari tempat penjumlahan undi. JADI masa yang diambil untuk peti undi sampai ke tempat penjumlahan undi adalah BERBEZA.

6. TAK KESAH sekiranya peti undi sampai lambat atau cepat kerana semua kiraan undi telah dibuat di depan wakil ejen parti. sekiranya terdapat perubahan kiraan undi sudah semestinya ejen parti yang berada disitu akan tahu PERTUKARAN JUMLAH KERTAS UNDI kerana mereka berada di tempat pengiraan undi dan seterusnya membuat LAPORAN POLIS.

Agen Parti adalah mereka yang dilantik oleh calon/wakil calon setiap parti yang bertanding di kawasan itu bagi mewakili mereka memerhati sepanjang proses pilihanraya berlaku..

ini yang dapat saya kongsikan dengan pembaca daripada apa yang saya perhatikan sepanjang masa pengundian dan penjumlahan undi di kawasan yang saya bertugas.

SEKIRANYA terdapat kesalahan atau kesilapan dalam pemerhatian saya harap dimaklumkan agar dapat dibincangkan atau disemak semula oleh saya.. TERIMA KASIH.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.