PEKELILING KENAIKAN GAJI KAKITANGAN AWAM 2013





Pekeliling Kenaikan Gaji Kakitangan Awam : Rata-ratanya, masih ramai kakitangan awam yang ingat tentang pengumuman Perdana Menteri berhubung insentif khas kenaikan gaji kakitangan awam pada Mac yang lepas di mana semua kakitangan awam mendapat 1 Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) pada bulan Julai 2013.

Walau bagaimana pun ramai kakitangan awam yang pening dan keliru berkenaan insentif Kenaikan Gaji Tahunan yang diumumkan. Ada yang kata, KGT pada Julai 2013, diawalkan sebab untuk tahun 2014, berkemungkinan tak dapat kenaikan sebab ianya telah diawalkan.

Tapi, dengan keluarnya Pekeliling Kenaikan Gaji Kakitangan Awam yang terbaru dari Jabatan Perkhidmatan Awam ini, segala persoalan mengenai Kenaikan Gaji Tahunan khas yang diumumkan Perdana Menterui tempo hari telah terurai.

Tahun 2013 ini, kenaikan gaji tahunan bagi kakitangan awam adalah sebannyak dua kali iaitu :
Kenaikan Gaji Tahunan Biasa (KGT) : April , Januari, Julai, Oktober (2013)
Kenaikan Gaji Tahunan Khas : 1 Julai 2013
Kenaikan Gaji Tahunan Biasa : April, Januari, Julai, Oktober (2014)
Bermakna, pada tahun 2014, setiap kakitangan awam akan tetap menerima kenaikan gaji tahunan seperti biasa. Tahniahlah kami ucapkan kepada semua kakitangan awam yang mendapat kenaikan gaji tahunan ini.

Untuk memuat turun pekeliling kenaikan gaji kakitangan awam berhubung insentif khas KGT bagi Julai 2013, sila layari :

PEKELILING KENAIKAN GAJI KAKITANGAN AWAM 2013

sumber : JiwaDingin

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.