Niat Puasa dan Doa Berbuka Puasa





ramadhan
ramadhan

Lafaz Niat Puasa dan Doa Berbuka Puasa

“ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”.
(Surah Al-Baqarah Ayat 183)

Lafaz niat puasa fardhu Ramadhan :

lafaz niat puasa
lafaz niat puasa

Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Doa Ketika Berbuka Puasa

doa berbuka puasa
doa berbuka puasa

Ertinya : Ya Tuhanku keranamu jua aku berpuasa dan denganmu aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka dengan belas kasihanmu Ya Allah yang amat mengasihani.

Lafaz niat puasa Qhada’ Ramadhan :

Lafaz niat puasa Qhada’ Ramadhan
Lafaz niat puasa Qhada’ Ramadhan

Ertinya :  Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Taala.

Syarat wajib Puasa
Islam
– baligh
– berakal
– berupaya(sihat)
– bermukim

Syarat Sah Puasa
– Islam
– Berakal
– Bersih daripada haid & Nifas sepanjang hari
– Niat

Perkara Sunat ketika Berpuasa
– Makan Sahur serta melambatkannya
– Menyegerakan berbuka puasa & sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis
– Menjamu orang-orang yang berbuka puasa
– Mandi junub,haid dan nifas sebelum fajar
– Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan
– Membaca Al-Quran
– Beriktikaf terutama 10 hari terakhir bulan Ramadhan

Perkara yang membatalkan puasa
– Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja kecuali terlupa
– Makan dan minum sepanjang hari
– Muntah dengan sengaja
– Bersetubuh atau keluar mani dengan sengaja
– Keluar darah haid dan nifas
– Gila
– Pitam atau mabuk sepanjang hari
– Murtad

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.