Koleksi Sms Ucapan Hari Raya Aidilfitri





kad selamat hari raya aidilfitri
kad selamat hari raya aidilfitri

Koleksi Sms Ucapan Hari Raya Aidilfitri

menjelang hari raya aidilfitri yang hampir tiba ini saya kongsikan sms lawak, pantun dan ucapan hari raya aidilfitri untuk anda semua semoga hari raya tahun ini lebih meriah dan bermakna dari tahun sebelumnya :)

Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
SMS dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan tak luput di hati.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin.

“Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

BiLe RaYa LiNe Bz GiLa,
MaSa Tu MaKi Pun x GuNa,
MaXis, CeLcoM, DiGi SuMenYa SaMa,
OrG BiJaK x Yah TgGu RaYa, uCaP sKrG Pn BoLeH aPa!
SeLaMaT HaRì Raya

Dlm kerendahan hati
ada ketinggian budi,
Dlm kemiskinan harta
ada kekayaan jiwa,
Dlm kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata, Dlm gurau & senda tentu ada khilaf & dosa. MOHON AMPUN & MAAF DI ATAS SEGALANYA…
Selamat Hari Raya Aidilfitri..

(‘) = -=*” * ” *
__ii__ Pelita
I____I diletak
diatas para, Hendak dinyalakan d tepi perigi,SMS dhantar pengganti kad raya,Tanda igtn d AìD!L fiTRi…
Salam tulus Ikhlas dari…

Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaaf,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.

Katak kenyang lalu tertidur,
Gajah pitam lantas terjatuh,
Andai tak sampai tangan menghulur,
Ku pohon keampunan dari jauh.

Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia.
Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin.

Malam-malam lihat lampu jalan,
tengok-tengok hantu raya,
hati-hati diatas jalan,
supaya selamat pulang beraya.

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Makan sudah bersalam pon sudah
Duit raya takkan dah lupa.

Sungai disusur sehari-hari,
Dalam gelap menangkap ikan,
Kami menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan.

Jinak2 burung merpati,
jinak lagi burung sendiri,
Burung merpati di pegang lari,
burung sendiri di pegang berdiri,
Selamat menyambut Aidil Fitri

main mercun dimalam hari
main bersama anak pak ali
hari raya meriah sekali
disambut sanak saudari

semoga dengan adanya Koleksi Sms Ucapan Hari Raya Aidilfitri dapat memeriahkan lagi suasana di hari raya bersama insan tersayang.. salam aidilfitri.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.