Sambutan Merdeka dan Konsert





Merdeka
Merdeka

setiap tahun menjelang hari Kemerdekaan yang disambut pada 31 Ogos kita akan disajikan dengan konsert. Sebenarnya saya masih tak berapa faham akan motif konsert dan sambutan kemerdekaan ?

sebelum sambutan kemerdekaan ramai yang mempersoalkan akan semangat cintakan negara, semangat untuk menyambut kemerdekaan tapi bila tiba menjelang kemerdekaan kita disajikan dengan konsert-konsert. Memang tidak dinafikan dulu waktu sekolah akulah orangnya setiap kali merdeka akan ke sambutan malam kemerdekaan tapi bila dah lepas sekolah minat itu hilang.. Bukan sebab hilangnya semangat MERDEKA tapi tak berapa nampak SEMANGAT sambutan itu sendiri..

mungkin itu cara penganjur untuk menarik minat orang untuk hadir.. tapi sekiranya ini berterusan aku risau satu hari nanti SEMANGAT MERDEKA itu akan hilang sedikit demi sedikit..

mungkinkah satu hari nanti akan ada ceramah agama sempena malam kemerdekaan ?

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.