Cara Solat Sunat Tasbih





solat berjemaah
solat berjemaah

Cara Solat Sunat Tasbih. Solat Sunat Tasbih ini dianjurkan oleh Rasulullah SAW untuk mengamalkannya, jika sanggup, dapat juga dilakukan sebulan sekali atau setahun sekali, bila tidak dapat setahun sekali, sekurang-kurangnya seumur hidup sekali.

Solat sunat Tasbih ini adalah kerana di dalamnya dibacakan tasbih sebanyak 300 kali di dalam 4 rakaat.

Solat sunat Tasbih ini boleh dilakukan pada siang hari mahupun pada malam hari. dan lebih baik jika melakukannya pada malam hari. Solat sunat tasbih ini berjumlah 4 rakaat, dan setiap 2 rakaat memberi salam. Dan boleh dilakukan 4 rakaat dengan satu salam.

Cara mengerjakan solat sunat Tasbih

niat solat sunat tasbih :
“Sahaja aku solat sunat tasbih dua rakaat kerana Allah Taala.”

Niat solat tasbih satu salam :
“Sahaja aku solat sunat Tasbih empat rakaat kerana Allah Taala.”

1. Membaca Tasbih 15 kali setelah membaca al-fatihah dan surah lainnya.
2. Membaca Tasbih 10 kali ketika rukuk setelah bacaan rukuk.
3. Membaca Tasbih 10 kali ketika Iktidal setelah membaca tasmi’.
4. Membaca Tasbih 10 kali ketika sujud setelah bacaan sujud.
5. Membaca Tasbih 10 kali ketika duduk antara dua sujud setelah membaca lainnya.
6. Membaca Tasbih 10 kali ketika sujud setelah bacaan sujud.
7. Membaca Tasbih 10 kali ketika akan berdiri/sebagaimana duduk antara dua sujud.

Maka setiap rakaat 75 tasbih dan 4 rakaat menjadi 300 tasbih.

Bacaan Tasbih :
“Subhanallah walhamdulillah wala ila ha illallah wallahu akbar.”
Ertinya : ” Maha Suci Allah, dan segala puji bagi Allah, dan tiada Tuhan selain Allah dan Allah yang Maha Besar.”

Doa Selepas Solat Sunat Tasbih

Doa Solat Sunat Tasbih
Doa Solat Sunat Tasbih

Maksudnya :  “ Ya Allah, Ya Tuhan kami, kami memohon taufik daripada-Mu seperti mana mereka yang telah Engkau berikan petunjuk dan jadikan amalan kami sepertimana amalan ahli-ahli yakin, dan jadikanlah kami daripada golongan orang-orang yang menerima nasihat, golongan orang-orang yang bertaubat dan mempunyai keamanan sepertimana orang-orang sabar, gementar kami sepertimana orang takut. Kami juga memohon sepertimana permohonan orang-orang yang suka kepada kebaikan dan beribadat sepertimana beribadat orang-orang yang warak. Dan jadikanlah pengetahuan kami ini sepertimana orang-orang berilmu, dan masukkanlah kami ke dalam golongan orang-orang yang takut kepada Engkau. Ya! Allah, kami memohon kepada-Mu jadikanlah kami terdiri daripada orang-orang yang takut kepada perbuatan maksiat sehingga kami sentiasa mentaati dan beramal dengan perintah-Mu sebagaimana amalan orang-orang yang mendapat keredaan-Mu dalam setiap perkara, dan kami memohon supaya menjadi orang yang baik sangka kepada Engkau, maha Suci Engkau sebagai Pencipta.”

Kelebihan Solat Sunat Tasbih
Sabda Nabi SAW yang bermaksud :
“Rasulullah SAW bersabda : pada (syaitan) Abas bin Abdul Mutalib ra.: Wahai saudaraku, aku beri serta kurniakan engkau agar mendapati keuntungan; berbuatlah sepuluh mcam amalan yang terhumpun (kesemuanya itu) pada solat tasbih, jika engkau lakukan yang demikian itu, diampuni Allah dosa-dosa engkau yang telah lalu dan yang akan datang, yang lama dan yang baru, yang terlupa dan yang disengaja, yang kecil dan yang besar, yang tersembunyi dan yang kelihatan, maka engkau solat empat rakaat solat Tasbih. “

(HR. Abu Daud dan Tirmizi)

Cara Solat Sunat Dhuha
Cara Solat Sunat Tahajjud
Cara Solat Sunat Taubat
Cara Solat Sunat Hajat
Cara Solat Sunat Awwabin
Cara Solat Sunat Jamak dan Qasar
Cara Solat Sunat Tasbih
Cara Solat Sunat Tarawih dan Witir
Cara Solat Sunat Israq

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.