Pakej Komunikasi Belia Dibuka Semula





Pakej Komunikasi Belia (PKB)
Pakej Komunikasi Belia (PKB)

Pakej Komunikasi Belia (PKB) Dibuka Semula

PEMBERITAHUAN

SKMM ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa Pakej Komunikasi Belia (PKB) akan diaktifkan semula pada 3 September 2013. Pendaftaran kali ini hanya boleh dilakukan melalui wakil-wakil penjual yang dilantik syarikat telekomunikasi.

Pendaftaran dalam talian PKB telah ditutup beberapa minggu lalu kerana ia telah mencapai kuota yang ditetapkan iaitu 1.5 juta belia. Namun, setelah pengiraan semula, didapati masih ramai yang tidak menebus rebat RM200 tersebut dalam tempoh yang ditetapkan.

Mana-mana rebat RM200 yang tidak ditebus akan dimasukkan semula ke dalam jumlah besar 1.5 juta rebat untuk diagihkan semula kepada pemohon lain. Pemohon yang telah tamat tempoh sah rebat boleh terus memohon semula pada 3 September 2013. Setiap permohonan rebat RM200 yang telah lulus harus ditebus dalam masa dua minggu dari tarikh kelulusan permohonan bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

PKB telah diputuskan dalam Bajet 2013 oleh YAB Perdana Menteri dan ianya akan terus berjalan sehingga 1.5 juta belia mendapat manfaat daripadanya seperti yang dijanjikan.

Antara Pilihan yang Boleh anda buat untuk REBAT RM200 

Rebat Rm200

1. Percuma telefon pintar Ninetology.
2. Percuma RM15 Celcom masa berbual(pek permulaan dengan RM5 TAMBAH RM10 tambah nilai dalam seminggu)

Register Sini

atau anda boleh pilih sendiri hp yang anda suka di Hotlink

TELEFON PINTAR ISTIMEWA UNTUK BELIA
BELIA BERUMUR 21-30 • DISKAUN RM200 • PERCUMA INTERNET SELAMA 6 BULAN

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.