Cerita Sebenar Villa Nabila di Jalan Skudai





Villa Nabila di Jalan Skudai
Villa Nabila di Jalan Skudai

Cerita Sebenar Villa Nabila di Jalan Skudai –  JOHOR BAHRU: Di sebalik cerita pelik dan menakutkan, Villa Nabila di Jalan Skudai berhampiran Teluk Danga di sini.

Polis Johor menafikan dakwaan di laman Facebook (FB) bahawa seramai 23 daripada 30 remaja yang dikatakan memasuki Villa Nabila hilang sejak pagi Sabtu lalu.

Sebaliknya, Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) Superintendan Abdul Samad Salleh berkata, siasatan polis mendapati hanya seorang remaja dilaporkan hilang dan siasatan masih diteruskan bagi memastikan remaja lelaki itu berada di banglo berkenaan atau tidak.

Katanya, laporan diterima daripada Norhayati Mohamad, 38, yang mendakwa anak lelakinya Mohammad Izzat Izuddin Husin, 16, tidak pulang ke rumah sejak petang kelmarin.

19/11/13 – terkini

Johor Bahru: Seorang pelajar tingkatan empat yang dilaporkan hilang selepas mengunjungi banglo mistik, Villa Nabila pada Sabtu lalu sudah ditemui awal pagi tadi.

Mohamad Izzat Izzudin Hussin, 16, ditemui di Bandar Dato’ Onn di Tebrau pada jam 2 pagi tadi dan dalam keadaan selamat.
Ibunya, Norhayati Mohamad,38, berkata, keluarganya akan membawa remaja berkenaan untuk berubat secara tradisional.

“Dia menyatakan lupa jalan untuk pulang ke rumah seolah-olah ada individu yang membawanya ke suatu lokasi.

“Kemudian dia dibantu seorang lelaki yang memberi perlindungan di rumahnya,” katanya ketika dihubungi pagi tadi.

sumber : HMetro

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.