Tips Memilih Minyak Wangi









minyak wangi
minyak wangi

Tips Memilih Minyak Wangi 

Memilih minyak wangi sempurna bagi tubuh anda adalah proses eksperimen berbentuk peribadi. Ia memerlukan kesabaran namun selepas menemui yang bertepatan dengan selera, ia amat berbaloi.

Ketika anda mencuba haruman di kedai minyak wangi, anda akan mengetahui sama ada ia sesuai atau tidak. Pastikan ia disembur pada kulit sendiri daripada menghidu pada kertas yang diberikan jurujual kerana kesannya mungkin berbeza.

Tips Memilih Minyak Wangi 

1. Ketahui fungsi minyak wangi iaitu daripada jenis Eau de Parfum (minyak) atau Eau de Toilette (semburan).

2. Eau de Parfun lebih tahan lama berbanding Eau de Toilette.

3. Bau haruman pada botol tidak semestinya sama selepas anda memakainya. Sebaliknya, sembur haruman pada kertas atau di pergelangan tangan untuk mendapat pengesahan.

4. Biarkan beberapa minit untuk mendapatkan bau sebenar meresap.

5. Sembur minyak wangi pada pergelangan tangan, bahagian nadi dan leher untuk memastikan haruman tahan lama dan merebak.

6. Tidak semestinya haruman yang dipakai orang lain sama kesannya dengan anda kerana faktor biologi dan hormon badan manusia.

7. Hidu biji kopi andai anda ingi segera menghilangkan bau haruman dan mencuba haruman lain.

8. Ada minyak wangi menjanjikan haruman berkekalan sehingga lapan jam apabila disembur. Secara purata kesan bau haruman mampu bertahan empat jam.

9. Usah terburu-buru membuat keputusan untuk membeli minyak wangi. Anda dibenarkan untuk menghidu pelbagai haruman mengikut citarasa.

10. Akhir sekali, jangan malu mendapatkan bantuan jurujual untuk memperoleh lebih banyak maklumat mengenai sesuatu produk.

Sumber : HMetro 15 Nov 2013

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.