Canopy Walkway FRIM Kepong





Canopy Walkway
Canopy Walkway

Canopy Walkway FRIM Kepong – minggu lepas planning dengan member untuk mencuba aktiviti baru bagi mengisi masa lapang dan melepak bersama almaklum la semua dah bz dengan kerja dan belajar makanya time cuti bergini digunakan untuk berkumpul semula..

kali ini kitaorang pilih aktiviti Canopy Walkway di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong untuk mengisi masa lapang. Terletak di Hutan Simpan Bukit Lagong dengan ketinggian 300 meter dari aras laut, titian yang menjadi tarikan utama ini telah dibina pada tahun 1992 untuk tujuan kajian saintifik flora dan fauna. Laluan silara sepanjang 150 meter ini digantung dari pokok ke pokok dengan ketinggian 30 meter dari aras tanah.

Sistem titian dan pelantar ini akan memberikan pengalaman yang istimewa untuk pengunjung merasai dan menikmati pemandangan panorama di dalam hutan dan persekitara Kuala Lumpur dari jarak jauh.

AbgferOz
AbgferOz

Titian silara dibuka kepada orang ramai dari jam 9.30 pagi hingga 2.30 petang. Pendaftaran terakhir ialah pada jam 1.30 petang. Ia ditutup pada hari Isnin dan Jumaat. Tempahan awal dan belian tiket perlu dibuat di FRIM One Stop Centre.

Waktu operasi adalah tertakluk kepada keadaan cuaca semasa (titian silara akan ditutup apabila hari hujan dan akan dibuka semula dalam tempoh 2 jam selepas hujan berhenti dan keadaan cuaca adalah baik.

canopy walk abgferoz
canopy walk abgferoz

poyo seketika.. kunun-kunun takut gitu..

Harga tiket:
RM10.00 (Bukan Warganegara)
RM5.00 (Warganegara)
RM3.00 (Pelajar 13 tahun dan ke atas – perlu menunjukkan kad pengenalan pelajar)
RM1.00 (Kanak-kanak 12 tahun dan ke bawah)

abgferoz dan mieor
abgferoz dan mieor

kami yang kunun-kunun gedik dan manja.. dah lama tak lepak bersama ni lah yang terjadi.. hik hik hik..

permandangan dari canopy walk
permandangan dari canopy walk

bagi saya canopy walk ini sesuai untuk keluarga yang sukakan aktiviti lasak. Walaupun memenatkan sedikit untuk mendakit bukit tapi baik untuk kesihatan. lagipun jalan untuk mendaki ke canopy walk telah dicerahkan dan sesuai untuk didaki oleh pelbagai peringkat umur. Sewaktu mendaki memang ada ramai budak-budak bersama keluarga mereka turut mendaki untuk ke canopy walk.

abgferoz
abgferoz

terasa rugi bila mendaki dan canopy walk sekiranya tidak bergambar .

mieor dan fitri
mieor dan fitri

bersama mereka inilah saya ber canopy walk di hujung minggu. sorang lagi rakan terbabas tak bangun tidur kerana tengok bola sampai subuh. heeee.. aptb

tapak perkhemahan
tapak perkhemahan

sewaktu dalam perjalanan turun untuk ke parking kereta saya ternampak tapak perkhemahan di tepi air terjun.. wahh memang sesuai untuk dijadikan aktiviti keluarga di hujung minggu.. sedap seh kalu dapat bbq tepi sungai gini..

so apa tunggu lagi. rancang perjalanan cuti anda bersama keluarga tersayang.

Sebarang Pertanyaan:
Pusat Perkhidmatan Setempat FRIM
03-62797592 atau 03-62797649

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.