Diet Cara Saya Memang Tak Kurus





kfc
kfc

Diet Cara Saya Memang Tak Kurus – bila selalu sangat makan nasi terasa macam boring dan tidak selera nak makan. sekali sekala kena tukar menu lain pula untuk tarik minat makan. Orang Malaysia dah biasa makan nasi dari kecik so nasi dah macam makanan ruji, makanan tetap untuk rakyat Malaysia.

dan ada diantara kita menjadikan nasi sebagai makanan wajib setiap hari dan sekiranya tiada nasi maka tak sempurnalah hari mereka macam kawan saya. sebenarnya tak salah kalu nak makan nasi setiap hari tapi perlu kena dengan gaya hidup kita agar nasi tidak menjadi lemak dan berkumpul diperut kita..

2 malam lepas selepas balik kerja terasa macam lapar semacam dan tak minat untuk makan nasi. padahal baru je lepas pergi gym dan mood untuk berdiet. tapi bila tetiba mengidam nak makan kfc tak boleh nak buat apa. so plan dengan adik untuk makan ramai-ramai dirumah.

lepas makan kfc terasa macam sesuatu yang kurang tak sampai beberapa minit adik keluarkan coklat dari peti ais dan hulur kat abangnya makanya bertambah-tambah la diet abangnya.. memang pantang nampak coklat lagi-lagi bila dah dihulur depan mata.

makanya terbantut lagi lah diet saya untuk menjadi kurus. pergi gym nak kuruskan badan tapi balik makan pulak tak jaga.. kah kah kah.. terimalah saya yang bolat ini seadanya.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.