Siti Nurhaliza, Datuk K dan Anak-anak di Majlis Perkahwinan





siti nurhaliza sekeluarga
siti nurhaliza sekeluarga

semalam merupakan hari bersejarah pagi penduduk dikawasan rumah admin bila kenduri kahwin yang dimeriahi oleh lebih kurang 1500 orang dihadiri oleh Dato Siti Nurhaliza dan keluarga. Kenduri kahwin jiran yang mulanya fokus kepada pengantin beralih arah ke meja yang diduduki oleh Datuk K dan Siti Nurhaliza.

letih juga jadi Dato Siti Nurhaliza bila ramai peminat serbu bukan kata 10 minit tapi lebih 30 minit terpaksa senyum kerana peminat nak bergambar sehingga abang rela bertugas terpaksa duduk jaga berhampiran..

disebabkan semua kamera fokus kepada Siti Nurhaliza makanya pengantin takda orang nak tangkap gambar.. so sempat bergosip dengan pengantin..  ape cite der ? semua fokus siti nurhaliza.. dah tak nampak pengantin.. pengantin gelak je.. nak buat macam mana dia lagi femes.. katanya.. wakakakka…

lepas menjamah nasi minyak Dato Siti Nurhaliza, Datuk K dan anak² sempat bergambar dengan pengantin dan seterusnya bergambar bersama-sama rakan dan saudara mara pengantin..

siti nurhaliza
siti nurhaliza

mula-mula segan nak bergambar dengan Dato Siti Nurhaliza tapi bila Dato Siti kata nak bergambar dengan admin so TERPAKSA la buat muka comel untuk bergambar… hik hik hik.. (perasan)

bila semua nak bergambar dengan Siti Nurhaliza maka takda orang yang nak tolong tangkapkan gambar dan time itulah datangnya anak Datuk K menghulur tangan untuk membantu ambil gambar kitaorang… heee.. sopan santun orangnya.. thanks a lot..

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.