Bercuti di Air Terjun Rawang





air terjun hutan lipur kanching
air terjun hutan lipur kanching

minggu lepas cuti panjang sempena dengan Chinese New Year memang banyak plan yang dirancang untuk diisi bersama keluarga dan salah satunya adalah mandi manda di air terjun hutan lipur kanching, rawang.

malam sebelum ke air terjun kitaorang shopping di downtown cheras. memang banyak barang boleh dibeli terutamanya baju dan seluar. seronok shopping sampai tak tengok jam dari kul 10mlm sampailah ke pukul 1pagi.. haaa memang tawaf semua gerai di downtown.

dan keesokkan harinya semua pakat malas nak bangun. lepas subuh semua lentuk. tepat kul 9 semua kelang kelibut bersiap tetiba semangat nak mandi air terjun.

sampai air terjun dalam kul 10 pagi time tuh memang dah ramai orang. maklum la hari cuti umum memang penuh la.. nasib baik tak tiba lewat sangat..

walaupun keletihan mendaki mak dan ayah tetap semangat untuk bermandi manda di air terjun.. haaa… memang best mandi kat sini.. udara dan airnya memang sejuk lagi-lagi tempat paling tinggi.. tapi yang menyakitkan hati bila datangnya warga MYANMAR yang suka MINUM ARAK lagi-lagi dalam air sungai. siap berpesta dalam air sungai lagi.

disebabkan mereka lebih ramai dalam 10 orang so tak berani nak tegur mereka. dengan 3 kotak air arak rasanya lebih baik beredar sebelum mereka mabuk dan mengotorkan air sungai.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.