Ingatkan Toyol tadi









toyol
toyol

entah kenapa semalam terasa sangat letih balik rumah dalam kul 6 main game sekejab makan, mandi lepas isyak terus tertido.. pusing kiri tak boleh tidur pusing kanan tak boleh tidur tapi mata memang nak lelap..

kipas punyalah laju pusing tapi terasa bahangnya sampai berpeluh-peluh badan. mungkin cuaca kemarau yang melanda dah beberapa hari tak hujan tuh yang malam pun terasa panas bagai. Bila dah tidur awal mulalah terbangun tengah malam dan time tuh badan dah berpeluh dan mata tak boleh nak lelap perut pula terasa lapar.

bila dah rasa lapar mulalah cari makan tengah malam dan tengah sedap-sedap makan ayam goreng tetiba abang tegur. aku ingat toyol tadi tetengah malam makan. hahahah aku yang tengah makan pun nak tergelak walaupun still mamai.. muke gini comey dia kata toyol.. hampeh betoi..

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.