Kolam Air Panas Selayang





kolam air panas selayang
kolam air panas selayang

selepas mandi manda di air terjun hutan lipur kanching kitaorang sempat singgah di kolam air panas selayang. almaklum la dah terlebih sejuk so panaskan balik badan dengan air panas pula lebih kurang 10 minit dari air terjun.. tak jauh kan ?

terpaksa lari awal dari yang dijangkakan so next plan kitaorang ke kolam air panas selayang. semua orang boleh masuk sini. harga untuk masuk adalah RM2 untuk kereta dan RM0.50 untuk Motorsikal. caj kepala tidak dikenakan. kalu nak mai sini sila bawa baldi coz air terlalu panas memang tak boleh nak berenang kecuali kolam 1 air dia suam suam.. kalu kulit tebal boleh la terjun.. hik hik hik.

kolam air panas selayang 2
kolam air panas selayang 2

waktu kitaorang datang tengahari so takda la ramai orang sangat. time ni air memang panas gila.. nak mandi kena ambik baldi or cebuk dan siram siram je kebadan.. tapi memang berbaloi-baloi.

sempat berborak dengan sorang aunty cina ni.. dia kata dulu dia ada sakit kaki lepas patah hari tuh tapi bila mandi air panas kat sini dia kata kaki dia terasa ok dan lebih baik dari sebelum.. entah apa power air panas sini.. katanya lah.. so aku dan family apa lagi cepat cepat ambik baldi dan siram badan banyak kali.. mane tau dapat power or kulit tambah lembut ke.. hik hik hik..

disebabkan air terlalu panas tak ramai yang berani terjun dalam kolam air panas.. yang ada air cetek ini untuk massage kaki dalam air panas.. tpi disebabkan air terlalu panas tak ramai yang nak cuba jalan atas massage kaki ni.. akhirnya aku cuba.. tpi terlalu panas dan terus berlari dan melompat keluar hahahaha..

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.