Sejauh Mana Musibah Menimpa Mampu Merubah Seseorang





i love islam
i love islam

Sejauh Mana Musibah Menimpa Mampu Merubah Seseorang – admin percaya setiap yang berlaku telah tertulis sejak kita lahir lagi dan setiap ujian yang diberikan oleh-Nya mampu digalas oleh setiap orang sekiranya kena pada masa dan caranya. Bersabar, Berusaha dan terus Berdoa.

setiap orang yang beriman pasti akan diuji imannya samada teguh pada yang SATU atau tidak. Minggu lepas kenalan admin turut menerima ujian yang agak berat admin rasakan dan agak susah untuk ramai orang terima. kita mungkin rasakan ujian yang kita terima paling berat tapi tidak sangka ada lagi ujian berat menimpa rakan kita.

bukan niat utk mengaibkan atau mengutuk sesiapa tapi sekadar teladan dan pengajaran untuk kita semua.

ada seorang kenalan admin yang baru masuk islam beberapa tahun. disebabkan masuk islam keluarganya tidak menerima kehadiran beliau. akhirnya beliau pergi belajar di pondok untuk mendalami islam. setelah beberapa ketika beliau ke kuala lumpur untuk bekerja di satu syarikat ini. di kuala lumpur beliau tidak mempunyai sesiapa tapi beliau merupakan orang yang rajin solat pada waktunya. sewaktu bekerja banyak barangnya hilang di ambil rakan sekerja. dan ketika mendapat gaji pertamanya duitnya turut dicuri oleh rakan rumahnya.

sedih melihat beliau yang serba tekanan dan tak tentu arah maka rakan-rakan hulurkan tangan untuk meringankan beban berkongsi apa yang ada dan nasihat yang tidak putus-putus dan beliau berhasrat untuk pulang ke pondok untuk belajar dah serit duduk kuala lumpur katanya. maka kami hulurkan tangan untuk perjalanannya ke sana. tapi petang kemudian beliau datang mengatakan duitnya hilang lagi, tiada bas sampai ke malam lah dan sebagainya. rakan turut membantu mencari bagnya yang hilang smpai jumpa.. dan ternyata duit yang diberi tidak dibeli tiket tapi dibeli benda lain..

nasihat dan teguran diberikan oleh beberapa rakan agar terus balik ke pondok untuk belajar dan sekali lagi rakan hantar ke perhentian bas dan duit makan diberi untuk perjalanan dan makan disana.

dan keesokan tengahari beliau datang berjumpa kami menyatakan perkara yang sama iaitu duitnya hilang lagi. Bagaimana untuk kami percayakan beliau sedangkan kami telah tertipu untuk 2 kalinya.. adakah nasihat yang kami berikan tidak berkesan  ? ataupun beliau sudah tidak sanggup menerima dugaan ?

kemampuan kami terhad dan untuk kali ketiga kami hanya mampu menasihati dan berdoa.

Setiap yang berlaku pasti ada sebab musababnya dan kadang-kadang jawapan ada didepan mata tapi kita sendiri mengelak dan menyalahkan takdir untuk segalanya.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.