Peragut RXZ Depan Mata





awas peragut
awas peragut

malam semalam dalam perjalanan nak ke rumah akak ipar kereta buat hal pula padahal minggu lepas baru ja tukar bateri dan hantar services.. nasib baik dah dekat dengan rumah akak ipar so boleh la tolong-tolong jumper bateri kereta..

dalam 10 minit gak tunggu ramai yang lalu lalang tolong tengok.. tpi ada juga yang berhenti tanya.. terima kasih diucapkan.. selepas jumper kereta cecepat salam terus balik rumah dan dalam perjalanan nak balik ke rumah berhampiran jambatan MRR2 berlaku pergelutan mat motor dan perempuan.. bila dilihat betoi-betoi baru perasan yang mat motor cuba meragut perempuan di kaki lima..

mungkin peragut nampak kereta kitaorang menghala ke mereka dan terus dilepaskan handbag perempuan tuh lalu terus memecut dengan jayanya.. naseb baiklah kereta problem time tuh kalu diikutkan hati mau je kejar dorang sampai masuk longkang… grrrr..

bila lalu sebelah perempuan yang diragut kelihatan selamber je jalan sambil memeluk handbag nya.. maka kitaorang pun terus balik ke rumah risau kereta buat hal lagi.. so tak boleh nak stop memaner..

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.