Puasa Nazar Berbeza





puasa
puasa

Sekiranya kita sudah berniat untuk puasa nazar kita wajib untuk menunaikannya dan sekiranya kita tidak mampu untuk menunaikan kita wajib membayar denda seperti yang telah ditetapkan.

Lafaz Niat Puasa Nazar – “sahaja aku berpuasa nazar esok hari kerana Allah swt.”

setelah beberapa minggu tertangguh akhirnya isnin lepas aku berkesempatan untuk melangsaikan hutang puasa bernazar kerana mendapat sesuatu yang telah di pohon. Alhamdulillah akhirnya selesai juga walaupun terasa macam terlebih dugaan yang melanda bila berpuasa nazar ni.

selalunya kerja jadi mudah 9 jam terasa sekejab je sedar-sedar dah waktu untuk pulang, tapi bila puasa nazar tetiba terpaksa pergi ke bank dan bila sampai ke bank serverdown pula.. terpaksa patah balik.. bila sampai opis kena fotostat pula.. jalan kaki dekat 10 minit.. dan tak sampai 2 jam kena lagi ke pejabat sebelah nak menghantar aduan pelawat.. dan pada masa yang sama macam-macam karenah terpaksa dilayan..

akhirnya tiba juga pukul 5ptg waktu balik kerja.. sedang nak balik kerja tetiba kilat sabung menyabung.. kilat lain macam punya kuat dan terpaksa tunda perjalanan pulang ke rumah sehinggakan hampir waktu berbuka puasa.

akhirnya dalam pukul 7.15 malam sampai juga kerumah dan terus bersiap sedia untuk berbuka..

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.