Terserempak keluarga gelandangan





love
love

setiap dari kita impikan keluarga yang sempurna bukan sahaja dari segi bilangan ahli bahkan kesihatan dan juga harta benda.. cukup sekadar sederhana pun sudah memadai bagi kita tapi tidak semua dari kita yang mampu atau berjaya mengecapi keluarga yang sempurna.

kisah bermula bila rakan datang ke pejabat untuk meminta pertolongan.. selepas habis berbual kitaorang singgah di restoran mamak berhampiran pudu sentral dan disitulah nak dijadikan cerita bermula..

selepas order makanan mata melilau melihat kiri kanan yang serba kekurangan sedangkan kita hanya menanti makanan tiba.. dan saat itu kitaorang terlihat seorang kanak-kanak mengutip straw di jalan raya dan dimasukkan kedalam mulut.. di tegah oleh sesorang tapi sekadar tegahan biasa.. anak kecil itu berjalan kiri dan kanan sambil straw di mulut..

saat menyentuh jiwa bila si anak kecil mencangkung di jalan raya dan menghirup air lopak yang berada atas jalan raya.. alangkah tersentuhnya.. dua orang rakan perempuan yang berada disitu menitiskan air mata melihat kejadian didepan mata.. Lantas ditegur oleh seseorang kenalan lalu meminta emak dan juga seseorang (pakcik/atuknya) untuk membelikan air tetapi mereka tidak mempunyai duit untuk membelikan air kepada anak kecil tersebut..

nampak tak betapa patotnya kita bersyukur dengan apa yang kita ada jika dibandingkan dengan mereka yang penuh dengan ujian dan dugaan walaupun untuk mencari sesuap nasi..

ada diantara mereka yang bekerja pagi hingga ke malam tapi apakan daya gaji yang diterima tidak mencukupi untuk menyewa bilik mahupun rumah untuk didiami..

bagi mereka-mereka yang berkemampuan bantulah mereka ini.. hulurkan tangan ringankan beban mereka.. cukup sekadar yang mampu..

Fadhilat Bersedekah
Dari Amru bin Auf RA katanya Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya).”

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.