Tips Shopping di Rantau Panjang Kelantan





rantau panjang
rantau panjang

Hari terakhir sebelum balik ke Kuala Lumpur semua peserta Kursus Induksi atau kini dikenali sebagai Program Transformasi Minda dibawa berjalan di Bazar Rantau Panjang untuk melihat sendiri Shopping Bebas Cukai di Kelantan. Kami diberi masa hampir 2 jam untuk bershopping sebelum menaiki bas pulang ke kuala lumpur. Walaupun tidak mahir dengan kawasan rantau panjang tapi bila sampai je semua jadi pakar shopping bila nampak penuh dengan kedai menjual barangan.

Pelbagai jenis barang boleh di beli di rantau panjang antaranya adalah baju, jersi, bag, teddy, barangan makanan, seluar, baju kurung, tudung dan pelbagai lagi. Anda perlu rajin berjalan untuk melihat sendiri dan survey harga sebelum membeli sesuatu barang kerana ada kedai yang meletakkan harga tinggi untuk mereka yang luar dari kelantan. Seperti yang terkena padaku bila ingin bertanyakan harga jersi. Harga diletakkan pada baju RM38 tapi disebabkan terlalu kecil aku bertanyakan kepada pekerja kedai dan dia meletakkan harga lebih mahal RM40. Woahhh.. belum sempat tawar menawar harga dah dinaikkan maka aku terus berjalan mencari kedai lain..

Antara Tips untuk bershopping di rantau panjang, kelantan adalah dengan membawa rakan anda yang berasal dari kelantan untuk membantu anda dalam tawar menawar harga barang. tapi sekiranya tiada kawan dari kelantan anda masih boleh cuba untuk tawar menawar dan sekiranya tidak berbaloi anda boleh cari kedai lain disekeliling anda.. Anda perlu rajin berjalan untuk mendapatkan barangan yang menarik dan murah. Sewaktu berada di rantau panjang aku terpikat dengan satu baju sweater yang dipamerkan harga yang diletakkan RM38 dan selepas di diskaun pekedai letak harga rm33 dan tawar menawar terus turun sehingga cecah rm30. Disebabkan harga terakhir yang diletakkan aku rasanya berbaloi untuk dibeli maka aku terus membeli baju sweater boleh kalih dalam luar boleh pakai. Pekedai meletakkan harga rm30 sebagai pembuka rezeki katanya..

disebabkan warna, design dan harga yang menarik makanya ramai diantara rakan-rakan aku turut sama membeli sweater dikedai tadi dan harga sweater semua diturunkan kepada harga yang aku beli tadi..  pekedai tu terus salam aku mengucapkan terima kasih.. heee… dah dia kata pembuka rezeki pagi hari.. maka dimurahkan rezekinya lagi :)

p/s… orang tamak selalu rugi.. jujur dan ikhlas dalam berniaga maka rezeki itu akan hadir..

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.