Baju Raya Samsung S3





Cover Survival Samsung

alhamdulillah bonus raya dah masuk.. terima kasih diucapkan kepada big bohh kerana sudi beri duit raya walaupun tak banyak berjuta-juta lemon tapi dah mencukupi untuk berbelanja raya..

bila dah masuk duit bonus raya mulalah plan nak shopping raya.. selepas habis kerja kul 9 terus balik rumah bersiap utk shopping di downtown cheras.. niat di hati nak beli jersey atau tshirt utk jalan raya.. tshirt sempoi.. tapi disebabkan cerewek dan memilih banyak design yg x berkenan.. dan bila berkenan kain pulak tak lawa…

part lagi best bila dah berkenan design dan kain pun cantik lagi lagi harga menarik bila nak beli tanya saiz boleh tokey kata saiz habis la dikk yang ada saiz XL.. isk isk.. agak laa.. den pakai saiz S je kot… krik krik krik..

duit dah keluar jalan dah seround tapi x jumpa gak baju last-last jumpa cover handphone survival untuk s3 tengok warna cantik. harga boleh runding so terus beli baju raya untuk samsung s3… takdpat untuk diri sndiri dapat untuk hp pun jadilah..

antara lokasi shopping raya yang menjadi pilihan dan boleh anda pergi adalah downtown cheras, jalan TAR, Masjid India, Sogo. Selamat Ber ‘shopping’

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.