Firsttime Beraya Sorang di Kuala Lumpur





kad selamat hari raya aidilfitri
kad selamat hari raya aidilfitri

bila tiba hari raya.. semua orang bergembira.. tetapi bagi ku.. hanya kesedihan.. ce ce ce.. nyanyi lagu sedih plak.. nak buat gi mana firsttime kena beraya di tempat kerja.. tempat kerja baru buka 24jam so kena gilir² cuti raya.. disebabkan aku baru masuk kerja so kena kerja waktu raya.. kasi peluang pada staff lama..

firsttime beraya sorang.. dah la beraya sorang kena beraya kat tempat kerja pula.. family semua aku dah halau balik kampung.. kesian dorang semua cuti nak kena teman aku kat rumah plak.. memang semua kna halau beraya dikampung.. biarlah aku sorang beraya ditempat kerja.. krik krik krik.. nak buat gimane kalu ada dirumah pun aku tetap kena pergi kerja.. siap kena overtime lagi.. so rugi je.. maka dihalaulah mereka balik kampung..

kerana terpaksa aku relakan… (pengaruh drama tv).. takpa laa.. firsttime beraya di tempat kerja.. kita tengok dulu gimana situasinya.. hopefully best la hendaknya..

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.