Gangguan Sewaktu Bayar Zakat Fitrah









zakat fitrah
zakat fitrah

minggu lepas agak sibuk dengan kerja dan kena pula shift kerja waktu petang so memang jarang ada masa untuk solat tarawih berjemaah di surau.. tapi ahad lepas dapat cuti so berkesempatan untuk solat tarawih berjemaah disurau seterusnya membazar zakat.

cerita bermula bila habis solat tarawih sedang beratur untuk membayar zakat di surau.. sewaktu tiba turn saya untuk membayar zakat duduklah depan kaunter dan sedang melafazkan zakat tetiba ada seorang budak datang disebelah dan tegur aku yang sedang berzakat..

budak : Oooo… abang nak kahwin yee..

nasib baik aku sempat habiskan ayat dan hanya mampu tersenyum dengan telatah budak tuh.. naseb tak tergelakk kalu tidak mesti orang semua pandang semacam..

mana datang tah budak sorang ni tetiba je tegur.. hahaha.. anak siapa la ni.. mana ada orang kawen sorang-sorang.. calon pun takda agi tau… isk isk isk..

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.