Isu Palestine dan Keyboard Warrior





save palestine
save palestine

Aku rasa ramai yang tahu tentang isu yang melanda saudara kita yang berada di Palestine dan mungkin juga ada yang tidak ingin tahu akan apa situasi atau apapun keadaan disana. Ramai yang menangis dan ramai juga yang berduka melihat saudara-saudara kita yang sedang berjuang untuk hidup dibumi sendiri.. tapi masih ramai juga yang leka dibuai mimpi indah..

Alhamdulillah Malaysia masih lagi aman dan kita masih lagi bebas untuk kemana sahaja tanpa ada halangan dan batasan. Banyak bantuan telah disalurkan kepada Palestine oleh rakyat Malaysia.. walaupun tidak mencukupi tapi Terima Kasih diucapkan..

hampir setiap hari ada sahaja mereka-mereka yang mendesak kerajaan agar menghantar tentera Malaysia ke Palestine bagi membantu saudara di sana.. adakah kita sudah cukup kuat untuk membantu palestine dari segi ketenteraan ? adakah kita sudah bersedia untuk berperang dengan mereka dan sekutu mereka ? cukupkah kekuatan senjata kita yang mana bila dibeli mahal dikatakan membazir ?..

dan bila ditanya kepada mereka yang bergelar keyboard warrior sudahkah mereka menderma untuk palestine ? berapa jutakah yang mereka derma ? adakah mereka sentiasa berdoa untuk palestine setiap kali menunaikan solat ? dan mereka-mereka ini terus terdiam membisu..

semua menyatakan keazaman yang tinggi ingin berperang di palestine.. hantar kami kesana.. kami ingin berjuang.. kami ingin syahid..

persoalannya.. kenapa harus tunggu dihantar ? kenapa tidak berusaha untuk pergi sendiri..

sudah cukupkah ilmu didada jika ingin membantu.. jangan bila sampai disana nanti kita pula yang dibantu.. kan dah menyusahkan mereka pulaa..

p/s… bantu yang mana kita mampu sudah mencukupi.. insyallahh..

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.