Nasi Lemak 90sen Kampung Baru





nasi lemak 90sen
nasi lemak 90sen

malam semalam lepas habis kerja terasa lapar so pergi jalan-jalan dengan kawan naik motor pusing area kampung baru dan kawan perkenalkan satu kedai yang jual nasi lemak harganya 70sen dahulunya kini sudah naik 20sen jadi 90sen tapi still meriah dan mendapat sambutan ramai walaupun ketika itu dekat pukul 1.00 pagi.

nasi lemak yang dihasilkan macam mesin 3 orang duk kaunter nasi lemak dan nasi lemak bergerak macam nasi lemak pasang siap ala ala pasang kereta gitu hasilkan nasi lemak.. dan ada sahaja orang yang datang untuk ambil nasi lemak yang dihasilkan dan selalunya orang takkan ambil satu utk makan.. seorang atleast 2 or 3 bungkus baru puas..

walaupun banyak nasi lemak yang dihasilkan orang datang beli nasi lemak macam beli borong.. takda yang beli satu bungkus.. heee.. yang menjadikan suasana disitu seronok adalah kumpulan band yang sentiasa memeriahkan suasana pagi dengan lagu yang menarik dan sedap didengari sepanjang pagi.. thumbs up bro… memang best suara korang rasa macam nak lepak lama je kat situ..

bukan sekadar nasi lemak mereka juga turut menjual pelbagai jenis lauk pauk untuk dimakan bersama dengan nasi lemak. waktu pagi memang malas nak tengok nama tempat dan jalan selepas di google kalu tak silap saya tempat ini berlokasi di Nasi Lemak Ct Garden yang terletak di Jalan Dewan Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.