5 Panduan Atasi Sembelit





Ibu Mengandung
Ibu Mengandung

5 Panduan Atasi Sembelit – Masalah kembung perut memang sering berlaku ketika hamil. Ini kerana sistem penghadaman sewaktu hamil bergerak lebih perlahan daripada wanita yang tidak hamil. Apabila makan, makanan akan mengambil masa yang lebih lama untuk bergerak dari perut ke bahagian usus. Inilah juga salah satu penyebab mengapa wanita hamil lebih mudah mengalami sembelit.

1. Minum air sekurang-kurangnya dua liter sehari. Minum apabila berasa dahaga dan perhatikan warna air kencing. Jika berwarna kuning pekat, lebihkan jumlah air yang diminum.

2. Lakukan senaman secara kerap kerana ia boleh meningkatkan kadar metabolisme. Apabila meningkat, proses peristalsis lancar dan memudahkan anda membuang air besar.

3. Makan lebih serat seperti bijirin, roti gandum penuh dan lain-lain.

4. Setiap hari ambil sekurang-kurangnya lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran.

5. Elakkan makanan pedas kerana ia akan menjadikan najis menjadi keras.

Sumber : Pa&Ma Jun 2014

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.