Anak Buah di Wad Pediatrik HKL





anak buah
anak buah

minggu lepas anak buah demam dan batuk beberapa kali selepas 2 kali ke klinik masih tidak sihat lagi dan tak seceria dulu maka aku cadangkan terus bawa ke hospital kuala lumpur untuk elak demam berpanjangan yang mana tidak baik untuk budak yang masih berumur 7 bulan.

bila sampai di hospital doktor kata masih demam dan anak tekak bengkak disebabkan banyak kali batuk so doktor tanya nak masuk wad atau tidak so mak dan ayah dia setuju masuk wad untuk lebih pemantauan dan agar cepat sihat. dengan pantasnya uruskan hal kemasukan wad untuk anak buah tak sampai 10 minit dah dibawa ke bahagian masuk wad.

alhamdulillah lepas 3 hari anak buah dah bertambah sihat dah boleh gelak dan pagi tadi dah dibenarkan keluar wad setelah disahkan sihat balik rumah terus dia bermain sakan termasuklah duk merangkak kejar kura-kura.. sakan dia merangkak.. walaupun batuk still ada tapi dah berkurangan dari waktu mula dia masuk wad.. muka pun dah tambah ceria kembali.

terima kasih doktor dan nurse yang jaga anak buah saya di KK1 Hospital Kuala Lumpur. TERBAIKKK

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.