Calon PMR untuk Berkhidmat Dalam Perkhidmatan Awam





Kerja Kosong

Mereka yang hanya mempunyai kelulusan PMR Berpeluang bekerja di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia terdapat banyak kekosongan yang perlu diisi. Tarikh tutup permohonan adalah sebelum 12 September 2014 jam 11.59 malam.

Pendaftaran permohonan jawatan adalah sepanjang masa dan hanya diterima melalui online sahaja. Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume tidak diperlukan. Tempoh sah laku permohonan adalah lima tahun. Urusan pengambilan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan yang dilaporkan oleh Kementerian/Jabatan dan hanya calon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temu duga.
Dalam bulan September ini, SPA akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong untuk beberapa Kementerian/Jabatan. calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan-jawatan diatas tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian, sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku. tarikh tutup permohonan baru adalah sebelum atau pada 12 September 2014 (jumaat) jam 11.59 malam.

Maklumat mengenai Syarat Lantikan, gaji dan tugas boleh diperolehi di Laman Sesawang SPA

Sebarang Permohonan perlulah daftar melalui Website SPA

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.