Aiskrim dan Serbuk Famous Amous





Aiskrim dan Serbuk Famous Amous

Minggu lepas abang aku bawa balik aiskrim dan biskut famous amous dan terdapat satu lagi packing besar dari kedai famous amous agak pelik kerana tak pernah nampak. Abang ajak duduk sekali makan aiskrim aku yang tanpa segan silu terus bersila depan aiskrim dengan cawan paling besar. Ternyata satu lagi packing besar adalah biskut hancur famous amos sekali tengok nampak pelik apada makan aiskrim dengan serbuk famous amous tapi bila dah start rasa baru tahu kesedapannya sehingga menjilat sudu. Kenapa aku taktau benda ni sedap dari dulu lagi.. ruginya..

kita selalu beli biskut famous amous tapi tahukah kita ada serbuk hasil biskut hancur yang dijual dengan harga yang lebih murah di kedai famous amous dan dengan serbuk itulah aku campurkan dengan aiskrim dan ternyata memang sedap dan enak berbaloi untuk dicuba. Rugi sekiranya anda tidak mencuba. Sekiranya ada hari kantin or jualan gerai nescaya memang laris dipasaran.

Belilah aiskrim perisa vanilla ka jagung ka atau campuran pelangi sekiranya dicampur dengan serbuk biskut famous amous hasilnya sangat sangat memuaskan.

SILA CUBA OK

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.