Nutrisi yang diperlukan oleh Ibu Hamil









Ibu Mengandung
Ibu Mengandung

Nutrisi yang diperlukan oleh Ibu Hamil – Sewaktu mengandung banyak perkara yang perlu diambil kira even ada sesetengah itu hanya remeh bagi kita tetapi amat penting bagi bayi dalam kandungan kita. contohnya makan kita selalu makan ikut sedap mulut dan mengidam macam-macam tapi tahukan kita nutrisi yang diperlukan oleh bayi dalam kandungan ?

Antara nutrisi yang diperlukan oleh ibu hamil adalah :

Vitamin B Kompleks
– menjaga sistem otot, saraf dan jantung, supaya berfungsi dengan normal.
Sumber makanan : bijirin, kekacang, sayur hijau, produk tenusu(susu), telur dan sereal.

Vitamin D
– untuk pertumbuhan dan pembentukan tulang bayi.
Sumber makanan : minyak hati ikan, susu dan kuning telur.

Vitamin E
– bagi pembentukan sel-sel darah merah yang sihat.
Sumber makanan : gandum, kekacang, minyak sayur dan sayur hijau.

Protein
– sumber zat pertumbuhan sel.
Sumber makanan : daging, kekacang, ikan dan telur.

Asid folik
– untung perkembangan sistem saraf, dan sel darah. Keperluan asid folik semasa tempoh kehamilan adalah 800mcg sehari terutamanya pada 12 minggu pertama kehamilan, kekurangan nutrien ini boleh membawa kepada gangguan pembentukan otak yang boleh menyebabkan kecacatan pada susunan saraf atau pun otak bayi.
Sumber makanan : bayam, brokoli, pisang dan tomato

Zat besi
– Mengelakkan berlakunya anemia di kalangan ibu mengandung.
Sumber makanan : bayam, kangkung, daging dan hati.

Kalsium
– Bagi proses pembentukan tulang dan gigi bayi serta menghalang ibu dari mengalami osteoporosis.
Sumber makanan : sayur hijau. kekacang, susu dan produk tenusu.

Sumber : Majalah Pa&Ma Mei 2013

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.