Sejam di Taman Botani Negara Shah Alam





taman botani negara shah alam

Sejam di Taman Botani Negara Shah Alam – Tidak dinafikan taman botani negara di shah alam mempunyai keunikkannya yang tersendiri seperti Rumah Iklim Empat Musim yang sangat popular selain menjadi tempat riadah keluarga di hujung minggu.

firsttime masuk taman botani negara di shah alam macam jakun sikit.. baru tau macam-macam ada kat sini, ada rumah iklim empat musim. tapi rumah empat musim ini hanya running satu musim mengikut bulan-bulan tertentu so korang perlu planning sebelum datang sini sekiranya ingin merasa musim-musim tertentu.

tempat yang menarik untuk dikunjungi bersama keluarga mahupun mereka yang tersayang. Tapi ada satu yang agak terkilan bila mengunjungi taman botani pada beberapa hari lepas apabila terpaksa menanti lebih kurang 1 jam setengah untuk mendapatkan perkhidmatan bas percuma dari pukul 1.15-1.30 ptg sehingga 2.30 ptg. Bosan menunggu kitaorang jalan kaki pulang dari rumah empat musim sehingga pintu utama dah hampir sampai pintu utama baru terserempak bas dalam pukul 3 petang. Nasib baik mak dan adik sihat untuk berjalan kalu mereka semput memang kena tunggu bas la jawabnya..

Waktu operasi bagi taman adalah seperti berikut :

8.30 pagi hingga 5 petang (Selasa – Ahad)
* Taman akan ditutup pada hari Isinin kecuali cuti sekolah atau kelepasan awam

Rumah Iklim Sederhana Empat Musim : 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Kaunter Bayaran : 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Bas : 8.30 pagi hingga 5.00 petang

Rumah Iklim Empat Musim
Musim Sejuk : Disember – Februari
Musim Bunga : Mac – Mei
Musim Panas : Jun – Ogos
Musim Luruh : September – November

Lokasi : Taman Botani Negara Shah Alam
Bukit Cahaya Seri Alam
40000 Shah Alam

website : http://tbnsa.gov.my/

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.