Tips Atasi Ruam Lampin Bayi





baby comel
baby comel

Tips Atasi Ruam Lampin Bayi – Apa yang menyebabkan bayi mengalami ruam lampinRuam lampin terjadi kerana lampin yang mengandungi air kencing dipakai terlalu lama dan terlalu ketat. Manakala, najis pula dibiarkan lama tanpa dicuci. Bahan pencuci ang digunakan untuk mencuci lampin turut menmberi kesan infeksi.

Gejala Ruam Lampin -Ruam lampin berlaku apabila terjadinya tanda merah-kemerahan dan ada kalanya timbul bintik kecil merah. Biasanya ia berlaku sekitar bahagian kemaluan, punggung, kelangkang dan peha. Bayi akan menangis apabila berasa tidak selesa, rasa sakit dan gatal.

Cara rawatan ruam lampin – Apabila bayi telah terkena ruam lampin, langkah yang paling baik ialah elakkan memakaikan lampin kepada bayi. Ini kerana permukaan kulit yang rosak lebih sensitif kepada geseran. Sebolehnya,  biarkan seketika bayi tanpa lampin dengan menutup bahagian kemaluan dan punggung dengan kain yang lembut dan longgar. Bayi yang kerap mengalami ruam lampin perlu dirujuk kepada pakar kulit untuk memastikan ia bukan jenis penyakit kulit yang serius.

Sumber : Majalah Pa&Ma Sept 2014

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.