AFF SUZUKI CUP 2014 di Kuala Perlis









kuala perlis

AFF SUZUKI CUP 2014 di Kuala Perlis – lepas kenduri kahwin di laketown bukit merah kitaorang teruskan perjalanan ke kuala perlis menghadiri satu lagi kenduri kahwin kali ini rakan abang sewaktu bekerja di kuala perlis dulu. sampai dalam kul 3 lebih ramai dah balik kitaorang je datang lambat hahaha.. takpa la niat bukan nak makan sangat.. nak sambut meraikan pengantin.

habis melawat dan posing sakan dengan pengantin kitaorang singgah di pejabat lama abang. Ternyata persinggahan kitaorang umpama rezeki jatuh ke riba dipelawa pula tidur di rumah penginapan 2 tingkat dengan PERCUMA.

selesai kemas baju terus siap sedia untuk tonton bola AFF SUZUKI CUP tapi sayang tv 9 siaran tak berapa nak menarik untuk ditonton so pergi ke kedai makan alang-alang memang dah lapar so cari kedai yang buka tv9 je. hik hik hik (bola punya pasal)

bila sampai je kedai bola dah sepak mula tengok sunyi je kedai orang yang tengok bola pun sopan sopan.. bila sampai je aku terus jerit apa ni tak gol.. bila dah hampir gol terus jerit gol gol gol.. orang pakat pandang hahahha.. peduli apa ini MALAYSIA punya game.. hihihi

bila tengok aku sorak sorang sorang makin ramai yang datang kedai tuh dan akhirnya suasana sunyi jadi meriah semua pakat dok jerit macam orang tak betoi tengok game bola kah kah kah..

alhamdulillah walaupun kekalahan dah nampak di hujung wisel pengadil akhirnya rezeki kita memang ada. Penalti terakhir menyelamatkan kita dan akhirnya berjaya menewaskan Singapura 3-1.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.