Sambal Udang dan Ikan Bawal





sambal udang
sambal udang

Sambal Udang dan Ikan Bawal – Bila baca tajuk sambal udang pasti ramai yang terbayang lagi-lagi sekiranya disertakan dengan petai dan ikan masin pasti meleleh air liur dibuatnya. Dah lama rasanya tak makan sambal udang bila teringat terus mengidam dibuatnya.

semalam balik kerja berpeluang untuk makan nasi dengan sambal udang perghh.. memang sedap dengan udangnya yang manis ditambah pula dengan pedas sambal memang meleleh air liur ni ikutkan hati nak ja tambah 3 mangkuk tapi disebabkan jaga berat badan yang semakin meningkat tanpa was was terpaksa hadkan pemakanan kepada 1 pinggan je even dalam hati memang nak tambah lagi.. hahaha (nafsu nafsu) tapi bila terbayang sambal udang dicampur dengan petai dan dimakan dengan ikan masin memang mengancam tapi sayang ikan masin takda bedal ikan bawal pun jadi la.. janji ikan goreng baru kena dengan sambal.

Niat dihati memang nak berkali-kali tambah tapi bila teringat badan yang macam tong dram terus terbantut niat teringat bulan lepas gi carefour timbang berat cecah 78 kg paling tinggi dalam sejarah dulu time main basikal dan joging berat maintain je 55kg sekarang bila dah start kerja berat maintain lebih 70 kg dan kini dah naik sampai 78 kg gile ahh.. risau plak den niat nak joging asyik terbantut dengan penyakit malas.

p/s.. ada tak awek comel nak teman abam feroz joging buat pembakar semangat ? hik hik hik..

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.