Mengidam Nasi Ayam Penyet









ayam penyet
ayam penyet

Mengidam Nasi Ayam Penyet – Dah lama rasanya tak makan nasi ayam penyet last makan waktu bekerja di UTCKL kini dah bertukar tempat kerja hampir 1 tahun juga tak makan nasi ayam penyet.

Semalam waktu rehat tetiba mengidam nak makan nasi ayam penyet post kat facebook tanya kawan-kawan kot ada tempat special yang menarik untuk makan ayam penyet tak sangka banyak lokasi dicadangkan untuk makan ayam penyet sampai taktau mana satu nak pergi.

Kawan kerja yang terbaca status facebook sorang-sorang dok share lokasi ayam penyet menarik. Tak cukup dengan tu kawan yang baru datang kerja untuk tukar shift turut bagitau lokasi ayam penyet katanya terbaca kat status. Mengidam ehh ? kalahkan orang mengandung (gelak dia..)

Antara Lokasi Ayam Penyet yang dikongsikan mereka adalah

– UTC KL
– Desa Pandan
– Maju Junction
– Kampung Baru
– Taman Dagang
– Gombak

dan yang tak boleh blah siap ada yang suruh mai Melaka makan Ayam penyet punya pasal.. hahaha.. adoiii

banyak sangat lokasi yang dikongsikan sampai taktau mana satu nak pergi.. korang ada lokasi menarik tak untuk makan ayam penyet ? boleh kongsikan mana tau tetiba rajin berjalan

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.