Satay Willy Kajang Medan Selera Ramal Junction





Satay Willy
Satay Willy

Satay Willy Kajang Medan Selera Ramal Junction – Dah 3 minggu ayah mengidam nak makan satay dan akhirnya abang kasi cadangan untuk makan satay di Willy Satay Kajang. Dulu kitaorang ada tempat kegemaran untuk makan satay tapi makin lama makin tak sedap so ambik keputusan untuk cuba tempat baru.

Kawan kata jauh so memang tak terfikir mula-mula nak pergi ke Satay Willy tapi tadi tergerak untuk google map ternyata Satay Willy dekat sahaja dengan rumah dalam anggaran 28 minit sahaja dari rumah dan lokasi yang berada sebelah highway selepas tol ternyata MUDAH untuk di cari.

Lokasi dah mudah untuk dicari bagaimana pula rasanya ?

aku rasa ini antara satay sedap yang pernah aku rasa setakat ini kalu boleh dikasi bintang aku rasa 4.5 bintang sesuai diberi kepada Satay Willy. Satay yang lembut dan manis rasanya menarik dan berbeza dari satay yang lain. Kuah kacang dia sedap tapi kalu ditambah sedikit pedas lagi rasanya ngam dengan satay.

4.5 Star Willy Satay

Lokasi : Satay Willy Kajang
Medan Selera Ramal Junction,
Taman Sri Ramal, 43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.

Contact : 013 330 9291 / 017 210 7008

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.