Sinopsis Werewolf dari Bangladesh





Werewolf dari Bangladesh
Werewolf dari Bangladesh

Sinopsis Werewolf dari BangladeshUsop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh berkisah latar 20 tahun lalu apabila Mirdu, lakonan Saiful Apek iaitu seorang warga Bangladesh diserang serigala lalu mengakibatkan berlaku perubahan fizikal ke atas dirinya.

Tidak hanya pada fizikal, tingkah laku Mirdu juga menjadi ganas dan kejam sehingga ramai penduduk kampung menjadi korbannya. Penduduk kampung yang sudah tidak boleh bersabar akhirnya membakar rumah Mirdu.

Mirdu yang marah dengan kejadian itu bertindak menggigit dua anak kembar Kumba dan Kumbi bagi menyebarkan jangkitan wabak itu sebelum dia ditembak mati.

Di Malaysia, Usop yang baru berpindah ke kawasan baru bersama Wahab B bertemu dengan Jaynab Ramunggei (Emma Maembong) yang tinggal berjirang dengannya.

Pada masa sama, wabak serigala jadian itu sudah mula merebak di Malaysia.

Kumbi yang kini sudah dewasa mendapatkan bantuan Jaynab bagi mengembangkan pembiakan baka werewolf, sekali gus melenyapkan spesies manusia di muka bumi.

Bagaimanapun, semua agenda jahat ini sudah diketahui Pilun (Zizan Razak)

Bagaimanakah kesudahan kepada spesies manusia kelak ? apakah yang akan berlaku ? nantikan dipawagam

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.