Pakej dan Tips ke Pulau Perhentian Kecil





Pulau Perhentian Kecil
Pulau Perhentian Kecil

Pakej dan Tips ke Pulau Perhentian Kecil – Setelah membaca artikel Percutian Part 1, Percutian Part 2, dan Percutian Part 3 pasti ramai yang tertanya-tanya tips mahupun pakej yang menarik di Pulau Perhentian Kecil. Disini aku kongsikan apa yang aku rasa terbaik untuk korang bergantung juga kepada jumlah orang dan masa anda bercuti disana.

Aku rasa eloklah aku kongsikan dulu tips untuk ke Pulau Perhentian. Sekiranya anda datang beramai-ramai better anda booking dahulu penginapan risau sekiranya tiada penempatan untuk anda sebaik anda tiba TERUTAMANYA pada hari minggu Terengganu (Jumaat dan Sabtu) tak lupa juga ketika CUTI UMUM selalunya bilik dan chalet sentiasa penuh.

Sekiranya anda ingin booking penginapan sila buat kira-kira sebelum mengambil sebarang pakej terutamanya sekiranya anda datang berkumpulan. Bagi saya pakej akan membuatkan anda terikat dengan jadual dan agak mahal kerana anda boleh berjimat sekiranya boleh kongsi penginapan.

Tak perlu risau tentang pakej snorkeling kerana pakej tersebut penuh di tepi pantai dan chalet-chalet lain. Anda hanya perlu nyatakan sahaja bila anda mahu pergi dan harganya murah dari RM 40 – RM 90 (ikut pakej pilihan anda)

Duduk tepi pantai membuatkan kita sentiasa berasa dahaga oleh itu sekiranya ingin berjimat anda boleh bawa mineral water sendiri sebanyak yang perlu bergantung pada hari anda ingin menginap.

Sekiranya anda ingin borong cenderahati untuk keluarga dan rakan saya cadangkan anda borong di jeti kerana magnet dan keychain disana jauh lebih murah berbanding di pulau. TAPI keychain di pulau ada perbezaan dan tak semua barang di pulau ada di jeti. Kebanyakan kedai di jeti tutup sebelum pukul 6 ptg.

Bagi mengetahui terdapat permandangan yang indah disebalik bukit kincir angin. Pastikan anda bertanya sebelum mendaki untuk mendapatkan lokasi. Track pejalan kaki memang nampak tapi better bertanya. Sekiranya tak berani sila dapatkan guide depa kata dalam RM 50.

Permandangan Kincir Angin
Permandangan Kincir Angin

Sekiranya ingin mengisi aktiviti anda secara padat anda perlu google dahulu aktiviti yang ada dipulau dan rancang sebaik mungkin.

Rasanya pasti ramai yang tertanya-tanya pada harga penginapan di Pulau Perhentian. Disini terdapat pelbagai jenis penginapan yang ada. Rumah, Chalet, Dorm, Rumah kecik, dan bilik so harga memang berbeza-beza dari RM 25 – RM 200 perday. Dorm memang murah sekatil RM 25/day tapi bercampur laki perempuan dalam 20 katil (kot) sesuai untuk lelaki ja rasanya.

Sekiranya anda datang satu family atau group besar better cari rumah family lebih murah dan selesa.

No Telefon Penginapan di Pulau Perhentian
Symphony Chalet :  013 9849526
Mohsin Chalet : 09 6911363 / 012 9321929

survey kedua-dua harga dan bandingkan (harga kipas dan harga aircond)

harga chalet pulau perhentian
harga chalet pulau perhentian

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.